Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan orang dewasa memakan ikan dua kali seminggu untuk mendapatkan asid lemak omega-3 untuk membantu mengurangkan risiko kegagalan jantung kongestif, penyakit jantung koronari, serangan jantung secara tiba-tiba dan strok iskemia
OmegaGuard™ merupakan supplement yang banyak manfaatnya terhadap kesihatan kerana mengandungi EPA & DHA yang mampu memberikan kesihatan yang baik terutamanya melibatkan salur darah dan jantung. Sebenarnya Kak Nurul pernah menulis tentang 3 menfaat utama OmegaGuard™, untuk membaca boleh click gambar di bawah.

Biasanya kalau customer bertanya penyelesaian penyakit yang melibatkan darah tinggi, strok, fibroids, buasir atau apa sahaja penyakit yang perpunca daripada keradangan, Kak Nurul akan cadangkan untuk ambil OmegaGuard™ dan VIVIX. Alhamdulillah, banyak feedback yang sangat positif setelah mengambil kedua-dua supplement ini.


Baiklah untuk entry kali ini, Kak Nurul akan fokuskan tentang 5 manfaat lain yang mungkin tidak diketahui oleh kita.
1. Tulang Kuat dan Sendi Sihat
Semakin kita berusia, penghasilan tulang rawan iaitu sejenis tisu penghubung untuk kelembutan sendi akan berkurangan. Proses ini menyebabkan sendi menjadi lemah dan boleh menyebabkan keradangan (bengkak). OmegaGuard™ menyokong dengan:
- Bertindak sebagai fungsi anti-radang untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan.
- Meningkatkan penyerapan kalsium bagi mengoptimumkan kekuatan tulang untuk menyokong pergerakan.
2. Mengekalkan Kesihatan Mata
Retina pada mata mengandungi asid dokosaheksaenoik (DHA) yang diperlukan untuk pengecaman visual. OmegaGuard™ menyokong dengan:
- Mengekalkan tahap optimum DHA yang diperlukan untuk penglihatan mata yang sihat
- Membantu penyaliran cecair intraokular yang betul dari mata, mengurangkan risiko tekanan mata yang tinggi dan glaukoma.
3. Meningkatkan Sistem Imun
Keradangan yang berpanjangan akibat tekanan, pemakanan atau gaya hidup boleh merosakkan tisu kita sehingga boleh membawa kepada kemerosotan kesihatan dan berlakunya pembengkakan pada organ. OmegaGuard™ menyokong dengan:
- Mengurangkan keradangan dengan mengurangkan reaksi keradangan
- EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel darah putih untuk menghasilkan antibodi, menghalang jangkitan dan virus untuk meningkatkan sistem imun
4. Berat Badan Yang Sihat
Satu kajian menunjukkan bahawa minyak ikan meningkatkan keberkesanan senaman dalam usaha untuk menurunkan berat badan. OmegaGuard™ menyokong dengan:
- Merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga.
- Meningkatkan kelajuan metabolisme supaya boleh membakar lebih banyak lemak dan kehilangan lebih banyak berat badan
5. Fungsi Otak Yang Lebih Sihat dan Mood Yang Lebih Baik
Adakah kita tahu bahawa membran dan sel otak diperbuat daripada lemak penting? Ia merupakan bahan penting untuk membina otak anda, OmegaGuard™ menyokong dengan:
- Mengurangkan keradangan di otak dan meningkatkan penghantaran mesej dari satu sel otak ke sel yang lain
- Mengawal paras kortisol iaitu hormon stres. Ia membantu meningkatkan mood anda supaya anda berasa lebih baik

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh terus WhatsApp Kak Nurul. Insyaallah Kak Nurul bersedia membantu untuk mendapatkan supplement yang sesuai dengan masalah yang dihadapi dan boleh disesuaikan dengan kemampuan.
- Saya merupakan penasihat makanan kesihatan berpengalaman di bawah Syarikat Shaklee
- Saya mendapat direct coaching dengan Pakar Pemakanan (Nutritionist) Shaklee
- Saya berpengalaman dalam memberikan khidmat nasihat berkenaan supplement
- Saya sendiri merupakan consumer produk Shaklee sejak bujang dan kini telah berkahwin dan memiliki 3 orang cahaya mata
- Saya telah membantu ramai orang dalam menyelesaikan masalah kesihatan atau meningkatkan kesihatan
