“Sepanjang tempoh kehamilan, setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir cukup sifat, sihat dan sempurna. Pilihan terbaik adalah dengan menjaga pemakanan dan memastikan tubuh mendapat nutrien secukupnya”
Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa diberikan ruang untuk terus menjadi hambanya di dunia ini. Baiklah, untuk entry kali ini Kak Nurul akan kongsikan berkenaan keperluan mendapatkan nutrisi yang mencukupi semasa kehamilan.
Impian semua pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga untuk memiliki cahaya mata yang akan menjadi penyeri hidup dan mengukuhkan lagi ikatan suami isteri. Setelah mendapat khabar gembira, tentunya ia menjadi saat paling berharga dalam kehidupan.

Persediaan perlu dibuat bagi memastikan hanya yang terbaik diberikan untuk si comel, terutamanya mendapatkan pemakanan yang sempurna. Kak Nurul percaya ramai ibu, terutamanya yang baru pertama kali mengandung kurang mengetahui nutrisi apa yang perlu diambil dan kepentingannya terhadap kandungan.
kesan kekurangan nutrisi semasa kehamilan termasuk kecacatan sewaktu lahir, kelahiran pramatang, susu ibu tidak mencukupi, kesihatan bertambah teruk dan tulang rapuh serta pembentukan rongga gigi
1. PROTEIN
Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan bayi yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.

Selain itu, protein memberikan kesan secara langsung kepada pembesaran bayi dalam kandungan, termasuklah otak. Protein juga memainkan peranan penting dalam membentuk pada payu dara dan rahim di mana tempat bayi membesar serta penting dalam meningkatkan jumlah darah. Protein Soya juga boleh menggantikan susu haiwan bagi mereka mengalami laktosa intoleransi iaitu ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.
Kak Nurul cadangkan supaya sumber protein yang diambil adalah daripada tumbuhan (rendah kolestrol) seperti soya dan bukannya daripada haiwan (tinggi kolestrol). Secara khusus, protein soya membantu:
- Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
- Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
- Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.

2. KALSIUM
Sepertimana semua tahu, kalsium sangat diperlukan untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat, Kak Nurul ada kongsikan tentang kesan kekurangan kalsium ketika hamil di YouTube Channel Kak Nurul, click –> Kesan kekurangan kalsium ketika hamil
Kepentingan kalsium ketika hamil sebenarnya lebih dari hanya pembentukan tulang sihat, Kalsium sangat diperlukan ketika hamil untuk:
- Membantu tumbesaran bayi dalam kandungan
- Merangsang perkembangan sistem saraf bayi
- Membantu pembentukan otot bayi
- Menguatkan jantung bayi
- Memperbanyakkan susu ibu
- Menurunkan risiko obesiti selepas hamil
- Menyokong sistem saraf ibu berfungsi dengan baik
- Menstabilkan degupan jantung ibu

3. ZAT BESI/ IRON
Zat besi adalah mineral penting yang diperlukan untuk pelbagai proses metabolik dan juga komponen hemoglobin penting dalam badan. Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan anemia (kekurangan sel darah merah untuk membawa oksigen) yang menyebabkan bekalan oksigen tidak mencukupi dalam badan. Sekiranya berterusan akan mengakibatkan pelbagai komplikasi organ penting termasuk membantutkan perkembangan bayi.
Kekurangan zat besi dan anemia dalam kalangan wanita mengandung di Malaysia kekal menjadi masalah kesihatan signifikan dan mencabar dengan peratusan sebanyak 37%
Kesan kekurangan zat besi boleh mengakibatkan peningkatan risiko bayi pramatang atau bayi lebih kecil daripada saiz normal.
4. FOLAT ATAU ASID FOLIK
Folat atau Asid Folik merupakan keluarga Vitamin B yang membantu tubuh membentuk sel darah merah yang sihat. Disebabkan badan kita banyak kehilangan Asid Folik akibat proses biokimnia dalam badan seperti proses perkumbuhan air kencing dan hempedu, maka pengambilan supplement Asid Folik sangat penting, terutamanya di trimester pertama kehamilan. Pengambilan Asid Folik sangat penting pada 28 hari pertama kerana proses pengembangan pusat saraf bayi, sekiranya Asid Folik tidak mencukupi akan mengakibatkan kecacatan otak dan tulang belakang bayi.
Asid Folik berfungsi mengurangkan risiko komplikasi ketika bersalin seperti pra-eklampsia dan kelahiran pramatang. Selain itu, Asid Folik juga berfungsi merangsang pengeluaran susu badan, meningkatkan kesihatan sel darah merah, mengurangkan risiko sakit jantung, mencegah masalah anemia dan memelihara kesihatan kulit.
Pengambilan B-Complex yang mengandungi kesemua 8 Vitamin B sangat membantu untuk mengurangkan stress pada ibu dan mempunyai kesan penenang supaya sentiasa berfikiran positif!


5. VITAMIN C
Vitamin C dalam keadaan tidak hamil pun sangat penting untuk kesihatan menyeluruh termasuk merupakan komponen penting dalam meningkatkan sistem ketahanan tubuh melawan sebarang jangkitan, apatah lagi ketika hamil. Vitamin C juga membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dan kerosakan tisu, menjadikan kulit lebih sihat serta mempercepatkan pertumbuhan tulang.

6. ASID LEMAK OMEGA-3
Asid lemak paling penting untuk ibu dan kesejahteraan bayi anda adalah asid lemak Omega-3. Secara asasnya asid lemak Omega-3 terdiri daripada EPA yang mana baik untuk kesihatan keseluruhan dan DHA yang membantu meningkatkan fungsi dan perkembangan minda yang sihat.

Secara khususnya asid lemak Omega-3 membantu:
- Menurunkan risiko kelahiran pramatang.
- Menggalakkan tempoh kehamilan optimum
- Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat pre-eklampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan)
- Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah dalam plasenta
- Memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika didalam janin.
- Mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi
- Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan
- Menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga.
- Menggalakkan perkembangan saraf otak

So, kepada anda baru merancang untuk hamil ataupun sedang menjalani pengalaman hamil ketika ini dapatkan segera SET HAMIL Shaklee untuk memberikan nutrien yang mencukupi bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi supaya membesar bagaikan juara!

Hubungi Kak Nurul sekarang untuk dapatkan nasihat terbaik sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda!
- Saya merupakan penasihat makanan kesihatan berpengalaman di bawah Syarikat Shaklee
- Saya mendapat direct coaching dengan Pakar Pemakanan Shaklee
- Saya berpengalaman dalam memberikan khidmat nasihat berkenaan makanan kesihatan
- Saya sendiri telah consume produk Shaklee sejak bujang dan kini telah berkahwin dan 3 anak
- Saya telah membantu ramai orang dalam menyelesaikan masalah kesihatan atau meningkatkan kesihatan