5 Tips Maintain Susu Ibu Ketika Berpuasa Ramadhan

“Risaunya kalau kurang susu badan masa berpuasa Ramadhan nanti. Dahlah cepat lapar dan selalu haus, larat ke nak puasa nanti?”

Siapa yang ada masalah macam situasi di atas? Kak Nurul percaya bagi ibu yang sedang menyusukan anak mesti risau apabila datangnya bulan puasa, risau akan kurang susu, risau susu cair, risau baby tidak kenyang, lebih-lebih lagi anak pertama kan?

Memetik artikel Ramadhan dan Penyusuan Ibu dari laman web IKIM: “Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat juga menunjukkan tiada kesan yang signifikan terhadap pengurangan susu ibu semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tidak terganggu. Sungguh hebat penciptaan Allah. Penyusuan susu ibu digalakkan di dalam Islam dan dalam masa yang sama disyariatkan berpuasa dalam bulan Ramadhan.”

Baiklah, untuk entry pada kali ini Kak Nurul akan bantu ibu menyusu sebagai persediaan ketika bulan puasa agar ibadah puasa kita terjaga dan bekalan susu untuk baby mencukupi sepanjang kita berpuasa.

1. MINDSET & SOKONGAN SUAMI

First & foremost, kita adalah apa yang kita fikirkan, detikan dalam hati dan minda mahupun tindakan yang kita lakukan adalah submission doa kepada yang Maha Kaya.

Allah mengikut sangkaan hambaNya!

So ibu, kena sentiasa positif dan yakinlah yang susu badan kita mencukupi untuk baby. Doa ibu adalah mustajab, jangan biarkan sedetik pun dalam hati kita meragui kasih sayang Allah dengan berfikiran negatif. Jika Allah izinkan ia berlaku, bila-bila masa sahaja apa yang kita hajatkan akan jadi kenyataan.

Selain itu, diharapkan juga para suami lebih memahami dan prihatin terhadap keadaan isteri yang menyusukan baby. Bantulah yang mana perlu dan jangan biarkan isteri terlalu letih supaya mereka dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik.

2. MINUM AIR SECUKUPNYA

Pengambilan air yang mencukupi sangat penting yang mana ia membantu organ dalaman untuk berfungsi dengan baik dan memastikan kelancaran proses penghadaman dan pencernaan makanan serta penghasilan susu badan. Pengambilan air suam lebih baik kerana membantu percepatkan pengaliran bendalir dalam badan, dan perlu elakkan mengambil ais!

Untuk elakkan dehydration pada bulan puasa, minum air suam sebelum & selepas menyusu atau mengepam pada waktu malam. Mungkin kita terfikir, macam mana nak cukupkan 8 gelas air kalau berpuasa? so, follow je saranan Kementerian Kesihatan Malaysia ketika berpuasa.

3. PEMAKANAN

Hati-hati dalam mengambil makanan ketika sahur dan berbuka, elakkan makanan yang pedas dan berminyak kerana ia sukar dicerna, sebaliknya banyakkan makanan yang dimasak tanpa minyak seperti panggang dan rebus.

Ambillah makanan tinggi protein seperti kacang soya semasa sahur dan berbuka serta selepas sesi mengepam (waktu malam – refill & recover) kerana ianya nutrisi penting untuk menghasilkan susu ibu dan seterusnya menghindari masalah low milk supply ketika berpuasa. Tambahkan dengan pengambilan buah-buahan pada waktu malam kerana buah-buahan tinggi kandungan fiber dan air.

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
ESP sebagai Milk Booster

Makanan protein soya dengan indeks glisemik rendah dapat mengekalkan paras gula dalam darah, membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk kesihatan jangka panjang

ESP sebagai Milk Booster

Menurut Persatuan Pemakanan Malaysia, ibu juga digalakkan mengambil lebih banyak karbohidrat kompleks contohnya bijirin penuh, kacang, biji-bijian, oat, sayuran hijau dan pasta kerana ia membekalkan tenaga secara perlahan-lahan bagi keperluan berterusan sepanjang hari.

Selain itu, banyakkan memakan kurma selepas berbuka puasa sehingga waktu sahur untuk tenaga berpanjangan.

Menurut Pakar Sakit Puan Dr Che Hasnura menerusi The Malaysian Medical Gazette, untuk mengelakkan masalah ternyahidrasi, elakan mengambil makanan yang tinggi sodium seperti mee segera, kentang goreng, atau telur masin. Ini boleh menjadikan anda cepat merasa dahaga dan letih.

4. PAM DENGAN KONSISTEN

Tambahkan kekerapan mengepam dan biarkan konsisten dengan jadual ini sebulan atau 2 minggu sebelum bulan Ramadhan. Perkara ini bagi mewujudkan demand yang tinggi terhadap susu ibu dan ia akan meningkatkan kadar hormon prolaktin dalam tubuh. Hormon prolaktin berfungsi menggalakkan kilang susu menghasilkan lebih banyak susu.

Namun jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, cuba tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. Jangan lupa mengepam pada waktu bersahur kerana pada waktu ini kadar hormon prolaktin adalah tinggi. So, kuantiti susu juga biasanya lebih meriah dihasilkan.

  • Sesi 1 – selepas bersahur
  • Sesi 2 – Pam pada waktu tengahari, jam 12.
  • Sesi 3 – Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.
  • Sesi 4 – Sebelum tidur

5. BERDOA DAN BERSERAH KEPADA YANG MAHA KAYA

Setelah mempunyai mindset yang positif dan tindakan kita yang menunjukkan kesungguhan untuk berpuasa, kita perlu bertawakal kepada Allah dan berdoa memohon supaya susu ibu sentiasa mencukupi untuk anak serta dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan puasa.

Ingat, jika mengalami situasi yang menyebabkan kita tidak dapat meneruskan puasa disebabkan komplikasi terutamanya melibatkan kesihatan, Islam memberi rukhsah puasa buat ibu menyusu. Islam itu kan mudah.


Alhamdulillah, sekian sahaja perkongsian Kak Nurul tentang 5 tips untuk maintain/ kekalkan susu ibu semasa berpuasa. Jom kita buat sekarang kerana bulan puasa Ramadhan akan datang tidak lama lagi.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Kak Nurul 017-7717 969 atau WhatsApp dengan click icon di bawah.

atau call 017-771 7969 untuk konsultasi percuma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: