Berpuasa mengajar kita supaya lebih bersabar, mengelakkan perkara-perkara mazmumah seperti menipu, berkata sesuatu yang tidak elok, bercakap kasar dan mengumpat
Insyaallah kita akan mula berpuasa pada penghujung bulan April ini dengan keadaan yang sangat berbeza, mungkin tiada lagi bazar ramadhan dan tiada solat bertarawih di masjid/ surau. InsyaAllah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sama-sama kita berdoa agar Pandemik Covid19 ini akan berakhir secepat mungkin, yakinlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
Baiklah, kali ni Kak Nurul nak berkongsi tips untuk mengajarkan anak kecil kita berpuasa untuk pertama kali. Ramai antara kita akan melalui fasa seperti ini, anak Kak Nurul juga Elzara Husna yang kini berusia 6 tahun akan mula belajar untuk berpuasa. Sebagai ibu bapa, apa persediaan kita?
1. Menilai Kemampuan
Sebagai ibu bapa perlu mengetahui pertumbuhan dan perkembangan anak kita pada ketika ini, apakah anak anda memiliki berat badan yang normal atau tidak? Apakah anak kita sama seperti perkembangan kawannya?
Jika anak kita memiliki pertumbuhan dan perkembangan yang normal, tidak menjadi masalah untuk kita melatih mereka untuk menjalankan ibadah puasa. Namun, sekiranya anak kita memiliki berat badan yang kurang dari sepatutnya, sebaiknya jangan memaksa anak untuk berpuasa. Sebaliknya, fokus kepada pertumbuhan dan perkembangan mereka terlebih dahulu dengan berikan makanan tambahan supaya mendapat nutrien secukupnya dan membesar dengan sihat.

2. Faham & Tetapkan Mindset Mereka
Kedua, terangkan kepada mereka apakah ibadah puasa secara ringkas dan mudah difahami. Kanak-kanak generasi moden sekarang tidak mahu membuat sesuatu tanpa ada fakta atau sebab mengapa mereka perlu melakukan sesuatu perkara. Fahamkan mereka tentang kebaikan dan faedah yang mereka perolehi daripada berpuasa. Tetapkan mindset mereka agar secara mentalnya mereka telah bersedia untuk mula berpuasa.
Nasihat Kak Nurul, ajarkan mereka untuk solat 5 waktu terlebih dahulu sebelum berlatih untuk berpuasa. Biarkan mereka faham yang solat adalah tiang agama, tiada guna berpuasa tetapi tidak solat.

Nota: jangan menakutkan mereka! kerana ia hanya akan memberikan kesan persepsi negatif mereka terhadap ibadah berpuasa.
3. Latih Secara Berperingkat
Jangan paksa adalah salah satu tips penting dalam melatih anak untuk berpuasa. Sebaliknya, biarkan mereka merasai berpuasa secara berperingkat. Andai kata pada hari pertama, perut mereka tidak tahan, berbukalah pada pukul 10 pagi. Sentiasa buat cabaran 30 hari contohnya pada hari kedua, boleh bertahan selepas Zohor, dan seterusnya. Jika mereka dapat bertahan sehingga waktu berbuka, ia sudah menjadi kejayaan kepadanya.
Sekiranya mereka berjaya melepasi target yang telah ditetapkan, pujian harus diberikan kepada mereka sebagai galakan untuk terus berpuasa.
4. Pantau Perubahan Mereka
Sentiasa memantau perubahan badan mereka agar tidak mengalami masalah lain terutamanya dehidrasi. Dehidrasi merupakan perkara yang perlu dibimbangkan terjadi semasa mereka berpuasa. Kak Nurul kongsikan tanda-tanda anak mulai mengalami dehidrasi agar ibu bapa membuat tindakan sewajarnya supaya tidak bertambah serius:
- Lelah dan lesu
- Mudah marah atau mudah tersinggung
- Mulut kering berlebihan
- Mata kelihatan kelelahan
5. Sediakan Juadah Sahur & Berbuka Yang Lazat & Bertenaga
Berikan mereka permulaan hari yang baik dan bersahur dengan:
- Makan yang memberikan tenaga yang tinggi seperti susu dan telur adalah penggalak tenaga yang hebat.
- Segelas Meal Shakes yang lazat yang mengandungi vitamin dan mineral bagi memastikan mereka kenyang lebih lama.
- Minuman yang sihat bagi memastikan mereka terhidrasi sepanjang hari dan kurangkan rasa dahaga dengan Performance®, rasa oren yang lazat.
- Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat yang penting.
- Jangan skip sahur

Galakkan pemakanan yang sihat semasa berbuka:
- Kurma dan air – cara mudah untuk berbuka puasa.
- Sup kegemaran mereka yang kaya dengan mineral dan garam.
- Segelas Meal Shakes untuk melegakan perut selepas seharian berpuasa dan menghalang anak anda dari terlebih makan.

Insyaallah, dengan perkongsian ini akan memberikan panduan kepada ibu bapa sebagai persediaan untuk melatih anak kita berpuasa untuk kali pertama. Sebarang pertanyaan boleh terus WhatsApp Kak Nurul dengan click icon di bawah.

Subscribe YouTube Channel Kak Nurul untuk dapatkan tips kesihatan, makanan tambahan yang sesuai dengan masalah anda atau lain-lain perkongsian secara video. Click –> https://bit.ly/YTKakNurulShaklee