Masalah Sistem Penghadaman Semakin Sihat Dalam Masa 3 Hari – Jom Detox!

Sistem penghadaman di gelar ‘otak kedua’ oleh segelintir pakar perubatan kerana kesihatan usus berkait rapat dengan sistem penghadaman, pencernaan, imun, endokrin, peredaran dan sistem saraf pusat.

You are what you think! Untuk jadi insan hebat, bermula dari mindset. Mindset yang hebat, akan menghasilkan tindakan yang hebat. Begitu juga dengan kesihatan, You are what you eat! Kesihatan kita pada hari ini sangat bergantung kepada pemakanan. Sekiranya gaya pemakan yang baik dan lengkap dengan keperluan sumber nutrien yang diperlukan, insyaallah kesihatan akan lebih baik berbanding orang lain.

sistem penghadaman yang sihat adalah penting supaya dapat membantu tubuh mendapatkan nutrien yang diperlukan untuk menjalankan fungsinya. Sekiranya masalah penghadaman berlarutan dan sering berulang atau berlaku tanpa sebab yang jelas, ia perlu dirawat dengan segera kerana mungkin terdapat masalah lebih serius seperti kanser kolorektal (CRC)

Petanda #1: Pedih ulu hati/ gastrik

Petanda #2: Masalah buang air besar (Sembelit)

Petanda #3: Cirit birit

Petanda #4: Perut kerap rasa sebu/ kembung perut

Petanda #5: Hilang selera makan

Sekiranya mendapati tanda-tanda di atas terjadi, Kak Nurul nasihatkan agar perlu mendapatkan rawatan yang sesuai. Baiklah, hari ini Kak Nurul ingin kongsikan SET DETOX Shaklee yang sangat membantu menyahtoksin dan melegakan sistem penghadaman.

Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran dan pemakanan yang tidak sihat. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin terutamanya di dalam sistem penhadaman termasuk perut, hati dan pankreas. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit termasuk Kanser!

Manfaat Detox adalah dapat menurunkan berat badan, kolon lebih sihat, meningkatkan tenaga, mengawal nafsu makan, kulit kelihatan lebih cantik, menguatkan sistem imun dan dapatkan tidur yang lebih lena.

Sistem penghadaman juga berfungsi sebagai sebahagian daripada sistem imun badan yang membentuk sehingga 80 peratus pertahanan tubuh terhadap penyakit

1. DTX® COMPLEX

Hati yang sihat memainkan peranan yang penting untuk kesejahteraan dan kesihatan menyeluruh. Seperti yang kita tahu, hati merupakan pusat sintesis utama dalam badan yang bertujuan meghapuskan toksin dalaman dan luaran.

Toksin terdapat pada hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimban yang tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia lalu menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus.

Bantu tubuh anda menyingkirkan toksin untuk mengembalikan dan mengekalkan kesihatan hati, agar berasa lebih sihat

DTX® Complex dihasilkan khusus untuk menyahtoksin dalam tubuh dan membekalkan nutrisi untuk menyokong fungsi hati yang sihat melalui formulasi herba yang terbukti secara klinikal. DTX® Complex diformulasi khas dengan ekstrak biji milk thistle, cendawan reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat.

2. HERB-LAX™

Pemakanan seimbang yang kaya dengan serat, pengambilan air yang banyak dan senaman yang kerap menyumbang kepada pergerakan usus yang sihat. Untuk melegakan masalah sembelit yang kadang-kala berlaku, Herb-Lax melegakan masalah sembelit dengan 9 bahan semulajadi yang telah terbukti Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh.

Daun Senna – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
Kulit Pokok Buckhorn – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
Akar Licorice – Membantu proses detoksifikasi.
Jintan Manis – Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
Jintan Hitam – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
Akar Rhubarb – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.
Bunga Mallow Biru – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
Akar Culver – Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
Daun Alfalfa – Membersihkan usus, darah dan hati.

Khasiat Herb-Lax

  • Membantu proses membersihkan najis yang tersekat
  • Membantu mengempiskan bahagian perut
  • Membantu memejalkan bahagian perut (bina otot) 
  • Mengembalikan semula proses pergerakan semulajadi usus kerana tindakan detoksifikasinya yang selamat
  • Membantu masalah sembelit
  • Meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan najis dan toksik didalam tubuh badan kita terutamanya yang telah tersimpan lama.
3. PEPPERMINT-GINGER PLUS

Perut kembung juga disebut sebagai “bloating” iaitu gejala yang dirasakan pada perut seperti penuh dengan angin. Masalah kembung perut biasanya adalah berpunca daripada angin atau air memenuhi perut. Walaupun ia seringkali berpunca daripada tabiat pemakanan atau makanan yang kita ambil, namun masalah kembung perut ini juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti masalah sistem pencernaan yang lebih serius

Perut kita dicipta dengan persekitaran yang berasid untuk menghadam makanan dan memusnahkan bakteria. Penghasilan asid perut yang berlebihan atau pengaliran balik asid perut ke dalam esophagus boleh menyebabkan pedih ulu hati atau gastrik.

Peppermint-Ginger Plus mengandungi formulasi empat herba termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu penghadaman dan melegakan kembung perut. Pudina dan Halia digunakan secara tradisional dan turun temurun untuk sensasi menenangkan dan melegakan perut (pedih ulu hati) serta boleh membantu melawaskan penghadaman. pengambilan Peppermint-Ginger Plus dapat menyokong sistem penghadaman yang sihat, membantu mengembalikan keseimbangan pencernaan semula jadi, dan melindungi daripada masalah sembelit.

4. ALFALFA COMPLEX

Tumbuhan bernama Alfalfa adalah antara sumber alam yang sangat berkhasiat terhadap kesihatan manusia secara menyeluruh. Alfalfa yang juga dikenali sebagai “Raja Segala Makanan” merupakan tumbuhan semula jadi terbaik dan berkhasiat dengan menyediakan lebih daripada 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral dan vitamin.

Alfalfa Complex adalah merupakan Shaklee Signature Formula yang asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada 1950-an. Alfalfa ditanam di kawasan subur, Antelope Valley, California dan dituai semasa di puncak kematangan iaitu semasa berumur 2 tahun. Selepas dituai, ia diletakkan untuk pengeringan di bawah udara segar dan sinar matahari panas California dan Shaklee hanya menggunakan serbuk dedaun untuk menghasilkan tablet alfalfa.

Khasiat Alfalfa Complex

I. Meneutralkan kesan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan protein, di samping mengurangkan bau badan, nafas berbau, sakit tekak, senak perut dan keletihan.

II. Membersih dan Menyahtoksik – Membersihkan dan menyahtoksinkan hati serta membantu membekalkan vitamin dan mineral kepada hati untuk berfungsi secara optimum.

III. Membantu Dalam Penghadaman – Melegakan kembung dan gas yang berlebihan serta merangsang sistem penghadaman untuk berfungsi dengan lebih baik.

IV. Menyokong Rambut Yang Sihat – Meningkatkan peredaran darah dan aliran oksigen pada kulit kepala serta menyediakan perlindungan antioksida kepada folikel rambut. Ini akan meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan rambut.

V. Meningkatkan Sistem Imun – Merangsang pengeluaran sel darah putih dan bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan tekanan oksidatif.

VI. Mengurangkan Keradangan pada sendi dan menguatkan sistem imun

Bagi melengkapkan SET DETOX boleh ditambahkan dengan…

5. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder

Protein soya mempunyai Indeks Glisemik rendah yang menggalakkan tahap glukosa darah yang stabil, ia dapat membantu mengekalkan tenaga, memberikan kesan kenyang yang lebih lama dan memberi manfaat penurunan berat badan dan kesihatan jangka panjang. Gabungan pengambilan protein soya dan amalan senaman yang konsisten membantu mengekalkan jisim otot membantu prestasi harian dan mengekalkan stamina.

Protein soya yang segera disediakan dan berkhasiat memberikan hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat.

Protein soya juga boleh mengantikan pengambilan susu bagi yang mengelakkan laktosa intoleransi iaitu ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa. So, pilihan terbaik untuk menggantikan susu adalah protein soya!


Detoksifikasi badan bukan setakat memilih makanan yang betul dan memberi nutrien kepada badan. Ia juga melibatkan penyingkiran toksin yang terkumpul dalam badan dengan membuat perubahan gaya hidup yang mudah dan sihat. Gaya hidup yang sihat dalam jangka panjang akan memberi kesan dramatik pada kesejahteraan anda. Pendek kata, menjadi sihat adalah satu pilihan gaya hidup. Jadi, pilihlah kesihatan jangka panjang untuk menikmati kehidupan sepenuhnya!

  • Elakkan jadual yang sibuk dan kurangkan aktiviti luaran
  • Lakukan regangan mudah dan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
  • Minum sekurangkurangnya 8 gelas air setiap hari
  • Elakkan makanan ringan, minuman berkarbonat, gula halus, makanan tiruan dan Makanan diproses
  • Pilih kaedah memasak yang sihat
  • Makan sebelum jam 8 malam
  • Kurangkan/ berhenti merokok

Mulakan langkah baharu dan dapatkan kelebihan menyahtoksin daripada sistem penghadaman yang sihat, tampilkan kulit yang sihat berseri, tubuh yang mantap dan cantik. Diperbuat daripada adunan sinergi herba lembut dan nutrien lain, set ini membantu untuk menyokong proses menyahtoksin harian anda secara semula jadi harian

Dapatkan SET DETOX sekarang bagi menyokong kesihatan sistem penghadaman untuk manfaat menyeluruh. WhatsApp/ call (017-771 7969) sekarang untuk dapatkan konsultasi sesuai dengan masalah dan keperluan kesihatan serta kemampuan anda.

atau call 017-771 7969 untuk konsultasi percuma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: