Ikhtar Hamil Dengan Set Asas Kesuburan Lelaki dan Wanita

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 10% wanita gagal mengandung walaupun dalam hubungan stabil selama lima tahun atau lebih. Masalah kesuburan ini dialami oleh lelaki dan wanita.

Memiliki cahaya mata selepas berkahwin adalah impian bagi setiap pasangan, tidak kira sama ada dikurniakan bayi lelaki, perempuan ataupun kembar. Kehadiran mereka pastinya mewarnai hubungan dan mengeratkan lagi ikatan suami isteri. Namun realitinya bukan semua wanita mampu untuk hamil sebaik melangkah ke alam rumah tangga. Corak kehidupan hari ini memperlihatkan betapa ramai pasangan yang terpaksa menanti untuk memiliki zuriat sendiri.

Anak adalah rezeki dari Allah. Sekuat mana kita berusaha, jika belum ditakdirkan memiliki rezeki tersebut. Maka bersabarlah

Ada pasangan yang perlu menunggu setahun dua untuk mendengar khabar gembira. Malah ada juga yang terpaksa menanti lima, sembilan dan mungkin belasan tahun untuk merasai nikmat bergelar ibu bapa. Dalam tempoh tersebut, mereka terpaksa berdepan pertanyaan, sindiran dan cadangan mencuba pelbagai rawatan atau kaedah alternatif di pelbagai tempat.

Antara penyebab masalah lambat mendapatkan zuriat walaupun telah berusaha adalah disebabkan kesuburan samada di pihak isteri ataupun suami. Dalam hal ini, masing-masing perlu berfikiran terbuka dan mencari penyelesaian yang terbaik selain berdoa kepada Allah yang Maha Memberi.

PENYELESAIAN KESUBURAN LELAKI

1. Zinc Plus

Zink adalah mineral yang kuat yang menyokong kesejahteraan optimum merangkumi pertumbuhan sel, penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun. Walaupun zink didapati dalam jumlah yang kecil dalam tubuh, ia adalah komponen di dalam lebih daripada 200 enzim yang mana menyokong mekanisme badan.

Sebagai sebahagian daripada tindak balas enzim, zink terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia termasuk pencernaan protein, metabolisma asid amino, pengeluaran tenaga, metabolism tulang, penggunaan vitamin A, dan penghasilan hormon.

“Sperma dan testis yang sihat bermula bermula dengan Zink! kerana Zink sangat tertumpu pada testis dan penyelidik mendapati bahawa kekurangan Zink menyebabkan kegagalan pengeluaran sperma”

Khasiat Zinc Plus Terhadap Kesuburan Lelaki

  • Meningkatkan motiliti dan kebolehhidupan sperma
  • Meningkatkan kiraan sperma yang sihat
  • Perkembangan testis yang sihat.
  • Melindungi sperma dengan memerangi radikal bebas untuk meningkatkan kadar kesuburan

Selain itu, Zink juga membantu mengekalkan tahap hormon lelaki yang sihat. Testos (hormon lelaki) adalah hormon penting dan utama untuk fizikal dan kesihatan seksual lelaki. Zink juga menyokong:

  • Tahap kesuburan
  • Dorongan seksual
  • Kesihatan seksual jangka panjang
  • Perkembangan testis dan prostat yang sihat
  • Perkembangan otot dan jisim tulang yang sihat
  • Mengekalkan tahap kesihatan testos (hormon lelaki) untuk menjadi lelaki sejati.

2. Vita-E Complex™ @ Multivitamin Vita-Lea

Vitamin E, adalah antioksida yang melindungi sel daripada rosak. Di kalangan lelaki, vitamin E mempunyai pelbagai manfaat hebat yang merangkumi daripada kecergasan fizikal sehingga kesihatan jantung dan meningkatkan peluang anda untuk menjadi seorang bapa!

Pengambilan vitamin E secara konsisten dapat membantu meningkatkan kecergasan dan kesihatan sperma dengan:

  • Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
  • Melindungi sperma daripada serangan radikal bebas.
  • Meningkatkan bentuk dan pergerakan sperma yang sihat.
  • Mengekalkan tahap hormon lelaki yang sihat.
  • Menyokong fungsi prostat dan hormon lelaki.
  • Menghasilkan cairan prostatik iaitu komponen air mani.

Khasiat lain Vitamin E adalah dapat meningkatkan kecergasan dengan mengurangkan kekejangan otot, mengurangkan kesakitan otot dan kerosakan sel dan mengekalkan jisim otot. Vitamin E juga memastikan jantung anda mengepam dengan sihat dengan menghalang pembentukan plak pada arteri dan meningkatkan peredaran darah ke seluruh anggota termasuk alat sulit serta mengurangkan risiko pembekuan darah.

Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin E seperti kekacang dan biji-bijian ke dalam pemakanan seharian atau anda boleh mengambil suplemen Vita-E Complex™ untuk meningkatkan kesihatan anda!

Setiap kapsul Vita-E Complex™ menyediakan vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh. Vita-E Complex™ juga menyediakan selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum. Selain itu, ia juga mengandungi ekstrak biji anggur (proantosianidin) yang merupakan sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang sangat baik.

Kesimpulannya, penyelesaian untuk meningkatkan kesuburan lelaki adalah dengan mengambil Zinc Plus dan Vita-E Complex™ secara konsisten bagi mendapatkan nutrien yang mencukupi dalam meningkatkan peluang untuk mendapatkan zuriat.

PENYELESAIAN KESUBURAN WANITA

1. GLA Complex – Pembantu Khas Wanita

Kalau tanya wanita, kenal tak dengan Evening Primrose Oil atau EPO? biasa ramai yang tahu dan mungkin ada segelintir yang tidak pernah dengan ataupun dia sendiri consume tapi tak sedar apa yang dia cosume tu mengandungi EPO. Baiklah, EPO ni sangat baik untuk menangani masalah dalaman wanita. Kalau pergi farmasi pun, pharmacist akan suggestkan untuk consume EPO untuk yang mempunyai masalah seperti kitaran haid tidak teratur, masalah kesuburan, PMS dan seangkatan dengannya.

So, apa kaitan EPO dengan GLA? hahhh, sebenarnya kandungan dalam EPO itu sendiri mengandungi gamma-linolenic acid atau GLA. GLA merupakan bahan aktif yang memberikan kesan positif terhadap masalah dalaman wanita. Tetapi EPO dalam pasaran kebanyakannya hanya mengandungi 7 – 10% kandungan GLA, manakala GLA Complex Shaklee mengandungai sekitar 17 – 25% GLA dan ini bermakna GLA Complex adalah 2 kali ganda lebih baik daripada produk EPO di pasaran

Kandungan utama GLA Complex adalah asid lemak penting Omega-6 yang digunakan tubuh kita bagi penghasilan prostaglandin iaitu sejenis bahan yang membantu mengawal atur proses dalaman tubuh. Ia sangat bermanfaat untuk kesihatan dalaman wanita di semua jenis peringkat umur.

Khasiat GLA Complex

1. Mengelakkan Period Tidak Teratur

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara semasa haid. Secara tidak langsung tempoh period menjadi lebih teratur dan mengurangkan kesakitan akibat senggugut.

2. Meningkatkan kesuburan.

3. Pelangsingan dan Menghalang Tambah Berat Badan

Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan yang berkesan, memberi tona pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat bagi mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Disarankan agar GLA diambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hyper.

4. Melambatkan Proses Menopaus

Membaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan kemurungan. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

5. Melembut dan Menyerikan kulit

GLA adalah jawapan kepada kulit yang cantik dan berseri. GLA adalah asid lemak omega-6 penting yang digunakan oleh badan anda untuk menghasilkan prostaglandin iaitu bahan yang membantu mengawal pelbagai fungsi tubuh, termasuk kesihatan kulit.

6. Memperbaiki Keradangan Kulit

GLA juga berupaya untuk mengurangkan keradangan atau inflamasi kulit yang mengakibatkan ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea dan kurap. GLA juga mampu meringankan sakit dan bengkak yang terjadi daripada rheumatisma, arthritis.

7. Memberbaiki Tekstur Rambut – Memberbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

2. B-Complex

B Complex ialah makanan tambahan yang mengandungi semua lapan vitamin B yang terdiri daripada B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (Pantothenic asid), B6, B7 (Biotin), B9 (folat), B12.

Vitamin B juga memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel berfungsi dengan baik.

B-complex mengandungi asid folik dan biotin yang merupakan nutrien penting sebagai persediaan untuk hamil. Selain itu, B-complex juga membantu sebagai penenang atau anti stress bagi memastikan emosi wanita sentiasa dalam keadaan sihat.

Khasiat Lain B-Complex

Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vitamin B2 – Menukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vitamin B3 – Menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Vitamin B7 (Biotin) – Membantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Vitamin B9 (Folat atau Asid Folik) – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.


Selain ikhtiar di atas, anda dinasihatkan juga untuk menjaga berat badan, jangan terlalu banyak mengambil kafein, berhenti merokok bagi lelaki, dapatkan pengetahuan tentang kitaran haid anda dan tidak terlalu stress. Jangan lupa! sentiasa berdoa memohon kepada Allah yang Maha Kaya supaya dibukakan rezeki yang luas untuk mendapat zuriat. Insyaallah.

JANGAN TUNGGU LAGI!

Dapatkan Zinc Plus & Vita-E Complex™ untuk meningkatkan kesihatan dalaman lelaki dan GLA Complex & B-Complex untuk membantu meningkatkan potensi hamil. WhatsApp/ call 017-7717969 sekarang untuk dapatkan konsultasi sesuai dengan masalah dan keperluan kesihatan serta kemampuan anda.

Atau call 017-7717 969

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: