3 Supplement Penting Untuk Kawal Darah Tinggi, Turunkan Kolestrol & Tingkatkan Kesihatan Jantung

Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2018, penyakit jantung menduduki tempat teratas dan kekal sebagai pembunuh utama rakyat Malaysia bagi tempoh 13 tahun berturut-turut, iaitu dari 2005 hingga 2017.

Setiap hari jantung bekerja keras tanpa gagal untuk memastikan setiap sel dalam tubuh kita menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum. Namun, peningkatan kes pesakit jantung pada usia muda iaitu seawal 25 tahun menjadi fenomena yang biasa di hospital dan klinik di seluruh Malaysia.

Hal ini disebabkan ramai antara kita tidak mengambil berat tentang pemakanan dan pemeriksaan kesihatan jantung kerana merasakan tiada risiko. Antara penyumbang kepada risiko penyakit jantung adalah kencing manis, darah tinggi, hipertensi, obesiti, merokok, pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Kebiasaan pesakit akan mengadu sakit dada di bahagian tengah, rasa seperti ditekan, berat dan ketat. Mereka mengalami masalah kesukaran bernafas, berpeluh dan lenguh bahagian tangan kiri. Banyak kes serangan melibatkan sakit atas perut yang selalu dikelirukan dengan penyakit gastrik.

“Berdasarkan kajian terkini, keradangan adalah ‘punca kepada pelbagai penyakit’ termasuklah penyakit jantung koronari. Kita perlu mengelakkan keradangan dan bukannya semata-mata mengawal paras kolesterol sahaja. Dengan mengelakkan keradangan, secara langsung paras kolesterol juga akan menurun serta risiko penyakit jantung koronari juga akan menurun”

Saya kongsikan penjagaan kesihatan jantung secara menyeluruh dengan mengawal tahap kolestrol, mengelakkan keradangan dan mengawal paras tekanan darah melalui OmegaGuard™, VIVIX dan CoQ-Trol Plus.

1. OMEGAGUARD™

Tekanan darah tinggi sering dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana masalah ini tidak menunjukkan tanda awal sebagai amaran. Sekiranya berterusan ia akan meningkatkan risiko penyakit berkaitan jantung seperti strok, kegagalan fungsi jantung dan serangan jantung. Masalah ini berpunca daripada inflamasi atau keradangan organ penting dalam badan.

Keradangan mula berlaku apabila bahagian tubuh terasa panas, merah dan bengkak dan gejala ini dianggap biasa bagi rakyat Malaysia. Keradangan yang berpanjangan memberi kesan kepada kesihatan, menyebabkan kecederaan yang tidak kelihatan di dalam tisu, saluran darah dan juga di bahagian sendi. Keradangan yang berpanjangan menyebabkan pembengkakan salur darah yang menyebabkan kurang darah dipam ke jantung dan seterusnya mengakibatkan tekanan darah tinggi serta masalah jantung.

Punca yang biasa berlakunya keradangan adalah kurang tidur, pemakanan tinggi gula dan lemak, stress yang berpanjangan serta merokok.

Khasiat OmegaGuard™

Pengambilan Asid Lemak OmegaGuard™ sangat penting bagi mengurangkan keradangan dalam organ dan secara langsung mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung seperti darah tinggi. Secara khususnya, OmegaGuard™ dapat membantu:

  • Mengawalatur tekanan darah yang sihat dengan meluaskan saluran darah untuk tekanan darah normal
  • Mengekalkan denyutan jantung yang sihat dan konsisten dengan memastikan isyarat yang dihantar ke jantung berada pada tahap yang betul
  • Menggalakkan peredaran darah yang sihat dengan mengendurkan saluran darah untuk aliran darah yang lebih baik
  • Menggalakkan pengeluaran dan meningkatkan kolesterol baik, HDL5 dengan menyingkirkan kolesterol yang tidak baik dari badan anda
  • Melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah
  • Mengurangkan proses pengumpulan lemak/ kolestrol pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar

Testimoni OmegaGuard™

Kawal kolestrol dan darah tinggi ketika hamil
Kawal kolestrol dan darah tinggi
Turunkan kolestrol
Kawal tekanan darah tinggi
2. VIVIX – Premium Supplement

VIVIX mengandungi campuran bahan semulajadi dari Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Polygonum Cuspidatum dan Lobak Ungu yang merupakan ejen anti oksidan yang sangat baik dan pengandungi bahan aktif iaitu Polifenol.

Anggur Muscadine

Anggur Muscadine juga dikenali ‘Super Grape’ merupakan salah satu buah-buahan semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkhasiat. Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan agen antioksida yang sangat hebat.

Anggur Muscadine mempunyai satu kromosom tambahan yang menyediakan polifenol unik asid elagik dan elagitanin yang boleh menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal. Selain itu, ia menjadi pelengkap penuh polifenol seperti resveratrol dan quercetin bagi meningkatkan pengeluaran tenaga selular yang boleh memanjangkan umur. Khasiat anggur Muscadine juga mampu mengawalatur tahap glukosa darah yang sihat.

Elderberry Eropah

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Ercisli, S., Tosun, M. and Akbulut, M. (2009) bertajuk Physico-chemical characteristics of some wild grown European elderberry (Sambucus nigraL.) genotypes, Elderberry Eropah mengandungi antosianin yang boleh meningkatkan perlindungan imun badan, mampu bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-virus, juga menggalakkan perkembangan sel-sel normal dan sihat.

Polygonum Cuspidatum

Polygonum Cuspidatum mengandungi polifenol utama yang dipanggil resveratrol. Dalam banyak kajian yang dijalankan, resveratrol mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti bertindak sebagai anti keradangan, menambahbaik peredaran darah dan merencatkan pergumpalan platlet darah

Lobak Ungu

Seperti Elderberry Eropah, lobak ungu juga mengandungi antosianin yang bertindak sebagai agen antioksida yang sangat berkesan. Lobak ungu juga mampu meningkatkan penglihatan yang sihat, meningkatkan keanjalan salur darah dan mengurangkan keradangan.

Khasiat VIVIX

I. Menggalakkan Fungsi Jantung Yang Sihat

Polifenol bertindak sebagai antioksidan yang sangat bagus dan bermanfaat dalam mengekalkan fungsi jantung yang sihat seperti meningkatkan aliran darah, menggalakkan pengecutan dan pengembangan salur darah yang sihat dan normal untuk mengekalkan fungsi salur darah yang optimum.

Polifenol adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Polifenol memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan kita, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan radikal bebas termasuk menggalakkan fungsi jantung yang sihat.

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu dalam menggalakkan fungsi jantung yang sihat dengan:
(a) Mengurangkan keradangan dalam salur darah
(b) Menggalakkan dinding salur darah yang baik
(c) Menggalakkan tekanan darah yang teratur dan sihat
(d) Mengekalkan tahap pergumpalan platlet yang sihat

II. Mengekalkan Tahap Gula Dalam Darah Yang Sihat

Tahap glukosa darah bergantung pada jenis dan jumlah makanan yang kita ambil, serta berapa efektif badan anda menghasil dan menggunakan glukosa ke dalam sel. Semakin sihat tahap glukosa, semakin rendah risiko mengalami penyakit metabolik seperti kencing manis.

Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mempunyai potensi untuk mengekalkan tahap glukosa yang sihat dengan:
(1) Mengawalatur penyerapan glukosa
(2) Meningkatkan keberkesanan pankreas untuk mengawal gula dalam darah
(4) Meningkatkan proses penguraian glukosa

III. Kekal Muda dan Sihat

Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa sesetengah orang akan lebih cepat tua daripada yang lain? Jawapannya terletak pada jumlah Advanced Glycation End (A.G.E.) yang ada di dalam badan anda. A.G.E. merupakan bahan buangan sel dan ia berkumpul seiring dengan peningkatan usia. A.G.E. juga boleh terbentuk dalam makanan yang terdedah kepada suhu tinggi, seperti makanan bergoreng dan dibakar.

Quercetin merupakan sejenis polifenol yang terdapat dalam buah beri, terbukti berkesan dalam menghalang pembentukan A.G.E. sehingga 60%! Ujian makmal juga menunjukkan bahawa campuran unik polifenol anggur muscadine dan campuran Lobak Ungu, Ekstrak Eldeberi Eropah dan Ekstrak Knotweed Jepun terkandung dalam Rejuvetrol™ dapat membantu melambatkan pembentukan A.G.E untuk mengahalang proses penuaan sebelum waktunya.

Secara langsung, sel-sel yang sihat dapat menggalakkan kesihatan jantung dan mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat. Dari itu, mulakan hari yang sihat dengan pengambilan VIVIX yang mengandungi polifenol.

Testimoni VIVIX

Masalah Jantung
Darah Tinggi & Kencing Manis
Masalah Gout
Masalah Buasir
3. COQ-TROL PLUS

Coenzyme Q10 atau CoQ10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel setiap organ tubuh yang berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. CoQ10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati yang berfungsi menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga merupakan ejen antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Walaubagaimanapun, tahap CoQ10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg CoQ10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. CoQ10 secara semulajadi dihasilkan oleh badan kita, namun penghasilannya merosot seiring dengan gaya hidup dan usia. Seawal usia 20 tahun, tubuh anda mengalami kesukaran untuk menghasilkan CoQ10.

Mereka yang mengambil Statin iaitu ubat untuk merendahkan kolesterol, badan memerlukan jumlah CoQ10 yang lebih tinggi kerana ubat tersebut mengurangkan penghasilan CoQ10 dalam badan sebanyak 40%! Periksa tahap kolesterol anda dan kekalkan tahap CoQ10, dengan suplemen CoQ10 dalam diet harian anda

Khasiat CoQ10

I. Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

II. Meningkatkan Peredaran Darah

CoQ10 bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri bagi meningkatkan peredaran darah dan membolehkan darah mengalir dengan baik.

III. Mengoptimumkan Denyutan Jantung

Paras CoQ10 yang rendah menyebabkan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan yang ini akan membawa kepada kegagalan fungsi jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung. Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.


JANGAN TUNGGU LAGI!

Dapatkan 3 supplement ini sekarang bagi mengawal tekanan darah, menurunkan kolestrol dan secara langsung menyokong kesihatan jantung secara menyeluruh

atau call 017-771 7969 untuk konsultasi percuma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: