Terbinanya Islam itu atas lima perkara; syahadah bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadhan.” – Riwayat Bukhari dan Muslim
Insyaallah, kita akan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan tidak lama lagi. Walaupun, suasana pada kali ini mungkin berbeza dengan tahun-tahun sebelum disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin dilanjutkan lagi. Namun, Kak Nurul doakan kita semua dapat melaksanakan ibadah puasa dengan penuh penghayatan dan mengambil peluang melakukan kebaikan sebanyaknya.
Untuk kali ini, Kak Nurul nak kongsikan 6 masalah yang sering terjadi bagi sesetengah orang ketika berpuasa serta penyelesaiannya. Moga memberikan manfaat sebagai persediaan kita menghadapi bulan puasa nanti.
1. KETIDAKHADAMAN (PEDIH ULU HATI)
Perut kita dicipta dengan persekitaran yang berasid untuk menghadam makanan dan memusnahkan bakteria. Penghasilan asid perut yang berlebihan atau pengaliran balik asid perut ke dalam esophagus, boleh menyebabkan pedih ulu hati.
Pada bulan puasa biasanya perut kita akan mengurangkan jumlah asid perut berikutan tiada makanan dan minuman yang masuk. Walaubagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku apabila kita teringatkan mengenai makanan atau terhidu bau makanan yang mana secara semulajadinya ia akan memberikan isyarat kepada otak untuk meningkatkan penghasilan asid perut.
Penyelesaian
Kak Nurul syorkan agar masalah ketidakhadaman (Pedih ulu hati) dikawal dengan:
• Makan secara sederhana
• Mengelakkan makanan berminyak dan pedas
• Mengurangkan pengambilan kafein
• Mengambil protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi untuk menguatkan otot perut dan esophagus
• Mengambil Pudina dan halia untuk membantu melegakan ketidakselesaan perut

2. SEMBELIT
Sembelit adalah perkara yang biasa dihadapi semasa berpuasa dan masalah ini disebabkan oleh kekurangan pengambilan cecair dan serat
Penyelesaian
Kak Nurul cadangkan agar masalah sembelit diatasi dengan:
• Mengambil air yang mencukupi semasa sahur dan berbukapuasa.
• Mengekalkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat beserta buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Mengekalkan pergerakan usus yang normal dengan Herb-Lax™, julap semula jadi.

3. LETIH/LESU
Pengambilan nutrien dan tidur yang tidak mencukupi serta kehilangan elektrolit menyebabkan tahap tenaga anda menurun.
Penyelesaian
Semasa berpuasa, perkara ini adalah penting untuk dilakukan:
• Mendapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti untuk lebih kesegaran semasa bangun bersahur.
• Pastikan badan anda terhidrat dengan Performance®.
• Rancang makanan untuk sahur dan iftar anda dengan mengambil makanan yang memberikan tenaga berpanjangan seperti ESP Soy Protein.

4. SAKIT KEPALA
Dehidrasi yang berpunca daripada ketidakseimbangan elektrolit, kelaparan atau rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sakit kepala.
Penyelesaian
Kak Nurul cadangkan agar masalah sakit kepala diatasi dengan:
• Kekalkan amalan diet yang sederhana dan seimbang – pastikan anda bangun untuk sahur.
• Pastikan anda mengambil Protein Soya ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
• Hidrat dan tingkatkan tenaga dengn Performance® membekalkan gabungan unik
elektrolit.

5. DEHIDRASI
Secara semula jadi, badan kita kehilangan elektrolit melalui pernafasan, berpeluh dan pembuangan air kecil. Semasa kita berpuasa, kehilangan elektrolit dalam badan yang berlebihan akan menyebabkan dehidrasi dan pendedahan kepada haba. Kekurangan 0engambilan air sewaktu bersahur serta aktiviti fizikal yang berlebihan akan menyebabkan msalah dehidrasi bertambah teruk.
Penyelesaian
Bagi meningkatkan elektrolit dalam badan, kita hendaklah:
• Berada di persekitaran yang sejuk.
• Elakkan pendedahan berlebihan kepada haba.
• Minum Performance®, minuman ideal yang menghidrat dan membekalkan tenaga untuk memastikan anda kekal cergas.

6. PERTAMBAHAN BERAT BADAN DAN OBESITI
Kita mungkin mengalami penambahan berat badan yang tidak diingini kerana kencenderungan untuk makan secara berlebihan waktu berbuka terutamanya dalam pengambilan makanan tinggi lemak. Ini bertentangan dengan manfaat berpuasa.

Penyelesaian
Kekalkan berat badan optimum dengan:
• Makan secara sederhana.
• Mengawal dan mendisiplinkan diri untuk mengamalkan pemakanan sihat.
• Mengurangkan jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang membekalkan 19 vitamin dan mineral penting.
• Urus berat badan anda dengan Cinch® Shake Mix, kaya dengan protein, serat dan kalsium, memberikan manfaat makanan dengan rasa seperti pencuci mulut.

Dengan ini Kak Nurul bersama Shaklee melancarkan kempen “Puasa dengan Shaklee? Senang Aje!”. Selain dapat mengekalkan kecergasan dan kekal bertenaga semasa berpuasa, semua masalah ketidakselesaan semasa berpuasa dapat di atasi!

WhatsApp Kak Nurul sekarang untuk dapatkan supplement Shaklee sebagai persediaan untuk menjalani ibadah puasa tidak lama lagi!