Naikkan Seri Aura Untuk Kekal Muda Berseri

“(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.” – Surah Yusuf Ayat 4

Setelah cahaya mentari lembut menerpa ke wajah, lantas Deena bangun melewati almari pakaian terus ke bilik air. Seketika terdiam merenung wajah pada cermin, di usia yang telah melepasi suku abad, terdetik dalam hati “kenapa wajah ku kusam, tidak bermaya & nampak tua, tidak seperti Azah teman sepejabatku, sedangkan umurnya tidak jauh beza denganku

Ok, sudah! ni bukan novel ye, Kak Nurul cuma nak bangkitkan satu persoalan untuk kita sama-sama fikir. Kenapa kita lihat ada di antara kita yang umurnya sama, kawan sekolah contohnya, tapi nampak lebih muda/ lebih tua dari kita.

Jawapannya terletak pada jumlah Advanced Glycation End (A.G.E.) yang ada di dalam badan kita. A.G.E. adalah suatu bahan buangan sel dan ia berkumpul seiring dengan peningkatan usia. A.G.E. juga boleh terbentuk dalam makanan yang terdedah kepada suhu tinggi, seperti makanan bergoreng dan dibakar.

Again and again, balik kepada perkara asas iaitu apa yang kita makan! Baiklah, harini Kak Nurul nak kongsikan set mengekalkan kesihatan optimum dan dalam masa yang sama menyerlahkan aura seri dengan Collagen Plus Powder (list no. 5) dari Shaklee!

SET KEPERLUAN KESIHATAN HARIAN

1. OmegaGuard™ – Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi

Secara asasnya minyak ikan membekalkan asid lemak Omega-3 yang terdiri daripada 7 komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang sihat.

Pengambilan OmegaGuard™ secara konsisten dapat mengurangkan risiko serangan jantung berikutan masalah tekanan darah tinggi. Secara khususnya, OmegaGuard™ berfungsi:

  • Mengawalatur tekanan darah yang sihat dengan meluaskan saluran darah untuk tekanan darah normal
  • Mengekalkan denyutan jantung yang sihat dan konsisten dengan memastikan isyarat yang dihantar ke jantung berada pada tahap yang betul
  • Menggalakkan peredaran darah yang sihat dengan mengendurkan saluran darah untuk aliran darah yang lebih baik
  • Menggalakkan pengeluaran dan meningkatkan kolesterol baik, HDL5 dengan menyingkirkan kolesterol yang tidak baik dari badan anda

Selain itu, OmegaGuard™ dapat menyihat dan menguatkan sendi dan meningkatkan prestasi fungsi emosi dan minda. Klik gambar di bawah untuk dapatkan info penuh tentang OmegaGuard™

2. Vita-C Plus™ (Vitamin C)

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai kebaikan kepada tubuh kita dengan fungsi utamanya sebagai sumber antioksidan yang baik. Vita-C Plus™ memberikan manfaat dari segi meningkatkan sistem imun dengan menyokong ketahanan terhadap jangkitan sehingga anda merasa lebih sihat.

Vita-C Plus™ juga memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan dan tompok penuaan serta membantu memberikan tona kulit yang lebih cantik, sekali gus menghalang tanda-tanda penuaan. Selain itu, nutrien utama dalam Vita-C Plus™ mampu menyembuhkan luka, membaiki dan mengekalkan tulang rawan, tulang, gigi dan kulit yang sihat.

Vita-C Plus™ turut berperanan menyokong penyerapan zat besi bagi pembentukan normal sel darah merah dan hemoglobin.

Perbandingan Vita-C Plus™ dengan pengeluar Vitamin C yang lain
3. Vita-Lea® Iron Formula @ Multivitamin

Vita-Lea® adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan. Vita-Lea® Iron Formula juga mengandungi 400mg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.

Antara nutrien dalam Vita-Lea® dan baik terhadap kulit adalah Biotin yang berfungsi membantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit. Selain itu, Vitamin E pula bertindak sebagai ejen anti oksida membantu kepejalan kulit, kulit nampak berseri, melancar peredaran darah, mencegah darah beku, dan baik mengurangkan kesan parut.

Klik gambar di bawah untuk dapatkan info penuh tentang Vita-Lea®

4. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour

Kehidupan sebagai seorang ibu pada masa kini amat mencabar mempunyai pelbagai tanggungjawab bagi memastikan keperluan keluarga terjaga. Komitmen sebegini seringkali menjejaskan pengambilan diet ibu kerana sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau kadang-kadang terlupa untuk makan. Disebabkan itu, Kak Nurul sangat cadangkan semua para ibu yang berkerjaya untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian

Oleh itu, pengambilan dengan ESP secara konsisten dapat memberikan tenaga yang berterusan, melegakan ketidakselesaan perut, menguatkan rambut dan kuku, meningkatkan seri kulit, menyokong kehamilan yang sihat dan menggalakan penghasilan susu Ibu.

klik gambar di bawah untuk dapatkan info penuh tentang ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour

SET KEPERLUAN KESIHATAN HARIAN DISERIKAN DENGAN KOLAGEN

Item di atas merupakan set keperluan kesihataan harian untuk menyokong keperluan nutrien badan agar dapat berfungsi dengan optimum, meningkatkan sistem imun, memelihara kesihatan organ penting, kekal bertenaga dan bersemangat. Gabungan set keperluan kesihatan harian dan diserikan dengan kolagen memberikan pakej lengkap untuk menyerlahkan seri aura wanita.

5. Collagen Plus Powder – Kulit yang Lebih Tegang, Berseri dan Kelihatan Muda!

Formula proprietari kolagen yang mengandungi 4,000 mg proprietari Kolagen Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) ditambah dengan Vitamin C dan Vitamin B untuk menyokong kulit yang lebih tegang, untuk tampil lebih muda dan kekal jelita.

Kolagen bertindak seperti “gam” untuk memegang tubuh yang ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak berada dalam kulit kita. Secara Khusus kolagen berfungsi untuk:

  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit dengan mengurangkan garis halus dan kedutan.
  • Mengecilkan liang pori dan meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
  • Melembapkan dan membekalkan nutrien kepada kulit dari dalam supaya lebih cerah, berseri.
  • Meningkatkan kesihatan rambut.
  • Membantu menegangkan kulit kendur untuk bentuk badan yang lebih menarik dan kelihatan lebih sihat.

Kelebihan Collagen Plus Powder daripada Shaklee:

1) Sumber yang berkualiti – diekstrak dari sisik ikan laut (Ikan Merah) kerana keupayaannya untuk bertahan pada tekanan yang tinggi di bawah air, menjadikannya kolagen yang tahan lasak.

2) Penyerapan yang lebih baik – mengandungi berat molekul kolagen yang sangat rendah pada kira-kira 1,000 Dalton menyebabkan ia mudah diserap oleh badan untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada lapisan dermis dengan lebih cekap.

3) Bahan-bahan yang diperkaya – Diperkaya dengan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan melawan radikal bebas. Selain itu, turut mengandungi Vitamin B2 dan B6 bagi menyokong metabolisme tenaga untuk penghasilan kolagen dalam sel.

4) Mudah dalam pek – Bungkusan individu untuk penggunaan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja

KESIMPULAN

Kak Nurul sangat percaya kesihatan dalaman adalah yang terbaik untuk menyerlahkan seri dan keanggunan wajah. Tanpa sel yang sihat, tanpa peredaran darah yang lancar, tanpa nutrien yang menyokong, tanpa suplemen yang berkesan, tidak mungkin mendapat membuatkan wajah berseri-seri.

WhatsApp Kak Nurul untuk dapatkan nasihat dan konsultasi terbaik sesuai dengan masalah dan keperluan kesihatan dan kemampuan anda.

atau call 017-771 7969 untuk konsultasi percuma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: