Ketua Trikologi, Svenson Kim Fong berkata, berdasarkan pengalaman lebih 16 tahun dalam kajian berkenaan rambut, beliau mendapati kesedaran berkenaan kesihatan rambut masih rendah, khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia
Masalah keguguran rambut gugur antara masalah utama yang selalu dialami oleh wanita tanpa mengira usia. Bertudung atau tidak, hampir semua wanita tidak dapat lari daripada ancaman kehilangan rambut. Di Malaysia saja, bilangan individu khususnya wanita yang mengalami masalah keguguran rambut semakin meningkat sehingga 11%, sejak 1990.
Alamak, rambut makin menipis, sekali sauk segengam rambut lekat pada sikat, dalam bilik air penuh dengan rambut dah macam kedai gunting! Kak Nurul tahu ramai antara kita ada masalah rambut, kalau tengok rambut gugur risau sangat, mulalah cuba macam-macam syampu yang adalah kat farmasi. Baru pakai separuh botol dah cuba yang lain, tapi rambut tetap gugur dengan jayanya.

Ok, keep calm & take a deep breath. Jom Kak Nurul terangkan tentang set rawatan rambut gugur Shaklee dan bagaimana ia berfungsi.
“Kajian juga menunjukkan kulit kepala manusia mengeluarkan dua hingga tiga kali ganda lebih minyak berbanding di bahagian muka. Tetapi, ramai di antara kita hanya berusaha mencuci wajah dan kerap mengabaikan bahagian rambut,”
Rambut terdiri daripada 95% keratin. Rambut kita kehilangan keratin seiring dengan peningkatan usia yang melemahkan akar umbi rambut, menyebabkan rambut kering dan mudah putus. So, Kak Nurul cadangkan 3 supplement yang boleh diambil untuk menguatkan akar rambut, melebatkan pertumbuhan rambut sekaligus menjadikanrambut lebih berkilau.
1. Zinc Plus

Zink diketahui dapat menyokong folikel rambut yang lebih kuat. Zink Pyrithione biasanya digunakan sebagai ramuan dalam syampu anti-kelemumur dan untuk mengawal rambut berminyak. Ia membantu memastikan kelenjar minyak di sekitar folikel rambut bekerja secara optimum, menghalang ia daripada menghasilkan terlalu banyak sebum. Zinc Plus juga dapat membantu secara khusus untuk:
a) menyokong dan memperbaiki pertumbuhan tisu rambut untuk pembaharuan dan replikasi sel yang lebih cepat
b) memastikan kelenjar minyak di sekitar folikel rambut berfungsi dengan normal
c) berfungsi sebagai stor simpanan histamina bagi mengurangkan kerengsaan dan keradangan kulit kepala akibat penggunaan produk rambut

2. B-Complex
B-Complex mengandungi Biotin dan yang terkenal dalam menguatkan rambut dan kuku serta membantu meningkatkan kualiti elastik rambut yang secara langsung dapat menghalang daripada kerosakan. Biotin juga boleh membuat folikel rambut kita tebal serta kuat. Malah, kebanyakan dermatologi mengesyorkan penggunaan Biotin untuk rawatan keguguran rambut.
Dalam B-Complex juga mengandungi Niacin atau vitamin B3 yang membantu peredaran darah di kulit kepala bagi membolehkan pertumbuhan rambut. Selain itu, Asid folik atau vitamin B9 juga membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan lebat.
Maklumat terperinci dan khasiat B-Complex, boleh click gambar di bawah.

3. ESP – Mixed Soy Protein Isolate Powder
Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurangan nutrien, terutamannya protein. Kekurangan asid amino juga menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi sehingga akibatnya rambut kelihatan nipis dan rapuh.
Sebaliknya, dengan pengambilan ESP yang konsisten dapat memberikan nutrien yang mencukupi kepada badan untuk menghasilkan keratin yang menjadi nutrien utama dalam pembentukan rambut. Maklumat terperinci dan khasiat lain ESP, boleh click gambar di bawah.

Dan dilengkapkan dengan …
4. ProSanté® – Revitalizing Shampoo

ProSanté® – Revitalizing Shampoo mengandungi campuran 10 vitamin, mineral dan herba yang menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan berkilauan. Ia diperhebatkan ramuan seperti Ekstrak Swertia dan Halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga bagi menyuburkan folikel rambut.
Selain itu, ProSanté® – Revitalizing Shampoo dilengkapi dengan mineral kulit penting seperti Copper, Zink, Mangan dan Vitamin A untuk menyokong pembaharuan sel kulit kepala yang sihat. Disamping itu, ia juga mengadungi Minyak Daun Tea Tree dan Ekstrak Teh Hijau bagi melindungi kulit kepala daripada kerosakan akibat radikal bebas dan lain-lain tekanan persekitaran. Paling penting, ProSanté® – Revitalizing Shampoo dihasilkan daripada ramuan semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan rambut. Secara khusus, ProSanté® – Revitalizing Shampoo berfungsi untuk:
- Menyegarkan, melicinkan kutikel dan melebatkan rambut.
- Membuang kotoran, minyak dan bahan cemar tanpa merosakkan kulit kepala.
- Memberikan kekuatan, kilauan dan ketahanan pada rambut
Set rawatan rambut gugur ni bukan sahaja untuk rambut wanita sahaja, ia juga sangat berkesan untuk lelaki sebabnya husband Kak Nurul pun amalkan set ini. Jimat dah kat situ, suami isteri menggunakan set yang sama. So, untuk dapatkan boleh terus WhatsApp Kak Nurul sekarang.