OsteMatrix™ – Tulang Kuat, Elak Osteoporosis (Tulang Rapuh)

Menurut satu kajian oleh International Skeletons Foundation, osteoporosis dianggarkan akan menjejaskan kira-kira 200 juta wanita di seluruh dunia

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang yang akan mengakibatkan tulang-tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.

Baiklah, untuk entry kali ni Kak Nurul nak kongsikan berkaitan kesihatan tulang dan manfaat OsteMatrix™. Sebelum tu, percaya atau tidak bahawa untuk mendapatkan tulang yang kuat, kita perlukan lebih daripada hanya kalsium? Selalu kan kita dinasihatkan supaya minum susu untuk dapatkan kalsium bagi menguatkan tulang, tapi betul ke hanya kalsium tulang kita jadi kuat?

Jawapannya ohh tidak, jom Kak Nurul terangkan. Pada asasnya, Kalsium sangat penting sebagai bahan asas untuk pembinaan tulang. Tetapi, badan kita juga perlukan Magnesium untuk membantu menghantar kalsium kepada tulang. Selain itu, Boron bertindak untuk membantu metabolisme tulang dan Vitamin D pula diperlukan untuk merangsang penyerapan kalsium. Nutrien lain seperti Kuprum, Zink dan Mangan bertindak untuk mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang.

So, secara keseluruhannya Kalsium, Magnesium, Kuprum, Zink dan Mangan diperlukan untuk pembinaan tulang yang sihat.

Semua nutrien yang diperlukan untuk menyokong pembinaan tulang yang sihat dan kuat ada pada OsteMatrix™. Dengan mengambil OsteMatrix™ secara konsisten sudah cukup untuk mendapatkan tulang yang kuat dan sihat. OsteMatrix™ mengandungi:

1. Kalsium

Kalsium adalah Bahan utama untuk menghasilkan tulang yang kuat dan sihat dengan mengekalkan ketumpatan tulang sepanjang hidup. Disarankan untuk mengambil 1000mg kalsium sehari dan jumlahnya meningkat bagi wanita menopaus.

2. Magnesium

Magnesium merupakan kunci kepada gabungan dan penggunaan kalsium di dalam badan. Ia menyokong proses pengaktifan vitamin D supaya dapat meningkatkan penyerapan kalsium dalam tulang. Disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 300mg sehari untuk perkembangan tulang yang sihat.

3. Vitamin D

Vitamin D yang rendah di dalam tubuh boleh menyebabkan kekurangan kepadatan tulang dan kualitinya serta meningkatkan penuaan tulang. Vitamin D diperlukan untuk merangsang penyerapan kalsium pada saluran pencernaan dan mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang sihat.

4. Boron

Boron ditemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan dan ia berfungsi untuk mengelakkan tulang rapuh dengan menyokong proses metabolik tulang yang normal. Ia juga diperlukan untuk menyokong penggunan nutrien yang terlibat di dalam penghasilan tulang yang kuat secara efektif.

5. Mangan, Kuprum dan Zink

Kekurangan salah satu daripada mineral tersebut dikenal pasti akan menghalang pertumbuhan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis di kemudian hari. Mineral ini penting untuk mengaktifkan enzim yang terlibat di dalam proses penghasilan tulang dan melindungi tulang anda daripada kerosakan oksidatif.

OsteMatrix™ juga sangat digalakkan untuk diambil ketika hamil dan menyusukan bayi kerana penghasilan tulang bagi bayi sangat bergantung kepada nutrien yang ada pada ibu. Kekurangan kalsium ketika hamil boleh menyebabkan kekejangan dan meningkatkan risiko preclampsia dan masalah tulang rapuh atau osteoporosisi.

Kesihatan yang baik secara menyeluruh bermula daripada pemakanan yang seimbang dan sihat, namun Kak Nurul faham disebabkan kekangan tertentu badan kita mungkin tidak dapat nutrien yang sepatutnya.

So, jom WhatsApp KakNurul untuk dapatkan konsultasi terbaik dalam pemilihan supplement yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda.

atau call 017-771 7969 untuk konsultasi percuma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: