Dikenali sebagai “Raja Segala Makanan” dan makanan terbaik, alfalfa secara semula jadi berkhasiat
Tumbuhan bernama Alfalfa adalah antara sumber alam yang sangat berkhasiat terhadap kesihatan manusia secara menyeluruh. Alfalfa yang juga dikenali sebagai “Raja Segala Makanan” merupakan tumbuhan semula jadi terbaik dan berkhasiat dengan menyediakan lebih daripada 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral dan vitamin.
Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah bagi membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah.

Alfalfa Complex adalah merupakan Shaklee Signature Formula yang asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada 1950-an. Alfalfa ditanam di kawasan subur, Antelope Valley, California dan dituai semasa di puncak kematangan iaitu semasa berumur 2 tahun. Selepas dituai, ia diletakkan untuk pengeringan di bawah udara segar dan sinar matahari panas California dan Shaklee hanya menggunakan serbuk dedaun untuk menghasilkan tablet alfalfa.
KHASIAT ALFALFA COMPLEX
1. Menyokong Rambut Yang Sihat – Meningkatkan peredaran darah dan aliran oksigen pada kulit kepala serta menyediakan perlindungan antioksida kepada folikel rambut. Ini akan meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan rambut.
2. Membantu Dalam Penghadaman – Melegakan kembung dan gas yang berlebihan serta merangsang sistem penghadaman untuk berfungsi dengan lebih baik.
3. Meningkatkan Sistem Imun – Merangsang pengeluaran sel darah putih dan bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan tekanan oksidatif.
4. Mengurangkan Keradangan pada sendi dan menguatkan sistem imun
5. Meneutralkan kesan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan protein, di samping mengurangkan bau badan, nafas berbau, sakit tekak, senak perut dan keletihan.
6. Membersih dan Menyahtoksik – Membersihkan dan menyahtoksinkan hati serta membantu membekalkan vitamin dan mineral kepada hati untuk berfungsi secara optimum.

Alfalfa Complex telah digunakan sejak turun menurun sebagai makanan tambahan yang memiliki pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi secara optimum. Pengambilan Alfalfa Complex secara konsisten memberikan kesihatan yang baik selaras dengan keperluan fizikal dan peningkatan umur.

Dapatkan konsultasi dengan Kak Nurul untuk mendapatkan supplement yang terbaik sesuai dengan masalah, keperluan dan kemampuan anda!