Mata Rosak Akibat Berlebihan Dengan Gajet

Kajian menunjukkan bahawa, dari masa ke masa, pendedahan kepada cahaya biru, samada secara semulajadi dari matahari atau tiruan iaitu dari skrin peranti digital, boleh menyebabkan kerosakan retina dan buta

Kak Nurul percaya yang semua di antara kita faham akibat daripada terlalu lama terdedah dengan skrin peranti digital especially handphone. Dalam masa yang sama, penggunaan atau kebergantungan kita kepada handphone juga dah jadi suatu keperluan asas.

Semuanya perlu diuruskan melalui handphone, baik dari segi tugasan harian hinggalah pembelian barang keperluan. Malah anak kita juga telah didedahkan dengan gajet seperti handphone sejak kecil lagi.

Cahaya biru adalah salah satu kebimbangan utama di kalangan doktor mata. Kajian menunjukkan bahawa, dari masa ke masa, pendedahan kepada cahaya biru, samada secara semulajadi dari matahari atau tiruan iaitu dari skrin peranti digital, boleh menyebabkan kerosakan retina dan buta.

Ini lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak kerana mata mereka menyerap lebih banyak cahaya biru dari skrin peranti berbanding orang dewasa.

Bahaya Akibat Terdedah Dengan Cahaya Biru

1. Memberikan tekanan terhadap fungsi mata sehingga mengakibatkan gejala sakit mata dan iritasi, penglihatan kabur, sakit kepala, leher, sakit belakang dan bahu.

2. Kerosakan retina dan kemerosotan makula selaras dengan peningkatan usia boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan.

3. Penyelidik Harvard telah mengaitkan pendedahan kepada cahaya biru pada malam hari untuk beberapa jenis kanser (payudara dan prostat), diabetes, penyakit jantung, obesiti dan peningkatan risiko kemurungan

Takut Kak Nurul tengok kesan akibat terlalu lama terdedah dengan gajet, tapi yela kann, even pekerjaan kita memerlukan kita berada di hadapan skrin komputer/ laptop. Cuba kira berapa jam dalam sehari kita perlu dihadapan skrin, mungkin separuh hari kita kena dihabiskan untuk gajet. Macam mana pula dengan anak kita?

So, apa yang perlu kita buat? hhmmm.

Kak Nurul cadangkan supaya hadkan penggunaan gajet, sekiranya perlu untuk menyiapkan tugasan yang banyak, mata perlu mendapatkan rehat yang mencukupi agar tidak terlalu ditekan dalam tempoh masa yang lama. Pastikan skrin peranti digital yang kita gunakan dilengkapi dengan penapis bagi mengelakkan cahaya biru yang berlebihan masuk.

Pengambilan suplemen Karotenoid seperti lutein dan zeaxanthin adalah perlu kerana ia mengandungi jumlah antioksidan dan sifat anti-radang yang tinggi untuk mengurangkan tekanan oksidatif pada retina dan menyaring imej serta mengurangkan cahaya biru yang dipancarkan untuk penglihatan yang lebih tajam

So, Kak Nurul sarankan agar dapatkan karotenoid untuk perlindungan antioksidan yang optimum dari dalam bagi mengekalkan penglihatan yang sihat.

atau call 017-771 7969 untuk konsultasi percuma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: