Kak Nurul faham kehidupan sebagai seorang ibu pada masa kini amat mencabar mempunyai pelbagai tanggungjawab bagi memastikan keperluan keluarga terjaga. Komitmen sebegini seringkali menjejaskan pengambilan diet ibu kerana sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau kadang-kadang terlupa untuk makan. Disebabkan itu, Kak Nurul sangat cadangkan semua para ibu yang berkerjaya untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian.

KHASIAT PROTEIN SOYA
1. Memberikan Tenaga Yang Berterusan
Protein soya mempunyai Indeks Glisemik rendah yang menggalakkan tahap glukosa darah yang stabil, ia dapat membantu mengekalkan tenaga, memberikan kesan kenyang yang lebih lama dan memberi manfaat penurunan berat badan dan kesihatan jangka panjang. Gabungan pengambilan protein soya dan amalan senaman yang konsisten membantu mengekalkan jisim otot membantu prestasi harian dan mengekalkan stamina.
2. Melegakan Ketidakselesaan Perut

Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan selalu diabaikan oleh para ibu berkerjaya dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau gastrik, sekiranya dibiarkan berlarutan.
Protein soya yang segera disediakan dan berkhasiat memberikan para ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat
3. Menguatkan Rambut dan Kuku
Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurang nutrien, terutamannya protein. Kekurangan asid amino juga menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi yang mengakibatkan rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh. Pengambilan protein soya boleh memberikan nutrien yang secukupnya bagi memelihara kesuburan rambut dan kuku.
4. Meningkatkan Seri Kulit
Protein soya merangsang pengeluaran asid hiauronik untuk meningkat dan mengekalkan air dalam sel kulit, memastikan penghidratan dan kelembapan optimum dalam kulit. Protein soya juga mengandungi isoflavon semula jadi untuk menghalang proses pengurangan kolagen dan elastin untuk mengurangkan kedutan dan membantu memperbaikan keseluruhan kulit. Selain itu, protein soya juga bermanfaat dalam meningkatkan tekstur kulit dan membantu mengurangkan pigmentasi kulit untuk kulit bersinar dan sihat.

5. Menyokong Kehamilan Yang Sihat
Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting bagi menjamin perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh tersebut, ibu perlu mendapatkan protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir serta mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat. Pengambilan protein soya juga penting dalam perkembangan tisu dan organ janin terutamanya pada trimester kedua dan ketiga untuk menyokong pertumbuhan dan kesihatan bayi.
Selain itu, dengan pengambilan protein soya membantu kehamilan ibu yang sihat danlebih bertenaga disebabkan kandungan protein dan karbohidrat yang sesuai bagi memenuhi keperluan nutrisi ibu yang semakin meningkat. Protein soya juga menyediakan tenaga berkekalan untuk ibu lebih aktif sepanjang kehamilan.
6. Menggalakan Penghasilan Susu Ibu
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu yang berterusan bagi pertumbuhan bayi.


TIPS MEMILIH SUMBER PROTEIN
1. Kedua-dua protein tumbuhan dan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walau bagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein tumbuhan seperti kacang soya lebih mudah untuk dihadam terutamanya di kalangan warga tua.

2. Protein berasaskan tumbuhan mempunyai tahap kolesterol yang rendah berbanding daripada haiwan.
3. Protein daripada haiwan seperti ayam mengandungi lemak tepu dan transfat, manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripada lemak tersebut. Jadi, protein tanpa lemak berlebihan daripada tumbuhan seperti kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh lebih baik untuk kesihatan.
4. Pilihlah protein daripada bahan semulajadi dan bukan GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) yang telah diubahsuai genetiknya menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Makanan yang diproses juga mungkin kehilangan kandungan nutrien yang menyebabkan badan tidak mendapat protein yang mencukupi dalam diet seharian.
5. Pastikan tiada gula tambahan – Kebanyakan pengeluar produk protein menambahkan gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakan tidak kepada gula pasir tambahan

Sebagai supemom dengan anak 3 orang, Kak Nurul dapat pelbagai kebaikan terutamanya lebih bertenaga dan kekal bersemangat untuk melaksanakan aktiviti seharian. Opss, sebelum Kak Nurul terlupa. ESP ni sangat membantu semasa bulan puasa yang mana ia dapat mengekalkan tenaga sepanjang kita berpuasa. Hahh, bulan Ramadhan pun dah tak lama lagi kan? Jom dapatkan ESP sekarang!