OmegaGuard™ – Elak Sakit Jantung dan Sendi Serta baik Untuk Otak

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan orang dewasa memakan ikan dua kali seminggu untuk mendapatkan asid lemak omega-3 untuk membantu mengurangkan risiko kegagalan jantung kongestif, penyakit jantung koronari, serangan jantung secara tiba-tiba, dan strok iskemia

Untuk entry kali ini, Kak Nurul nak kongsikan tentang kebaikan OmegaGuard™ (Minyak Ikan). Kak Nurul percaya yang korang mesti dah tahu tentang kebaikan minyak ikan terhadap otak kan? alaa, yang selalu iklan kat tv tentang DHA tu.

Secara asasnya minyak ikan membekalkan asid lemak Omega-3 yang terdiri daripada 7 komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang sihat.

KHASIAT & MANFAAT OMEGAGUARD™

1. Mengurangkan Risiko Serangan Jantung

Tekanan darah tinggi sering dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana masalah ini tidak menunjukkan tanda awal sebagai amaran dan dalam jangka masa yang panjang ia meningkatkan risiko penyakit berkaitan jantung seperti strok, kegagalan fungsi jantung dan serangan jantung. Masalah ini berpunca daripada inflamasi atau keradangan organ penting dalam badan.

Keradangan mula berlaku apabila bahagian tubuh terasa panas, merah dan bengkak dan gejala ini dianggap biasa bagi rakyat Malaysia. Keradangan yang berpanjangan memberi kesan kepada kesihatan, menyebabkan kecederaan yang tidak kelihatan di dalam tisu, saluran darah dan juga di bahagian sendi. Keradangan yang berpanjangan menyebabkan pembengkakan salur darah yang menyebabkan kurang darah dipam ke jantung dan seterusnya mengakibatkan tekanan darah tinggi serta masalah jantung.

Punca yang biasa berlakunya keradangan adalah kurang tidur, pemakanan tinggi gula dan lemak, stress yang berpanjangan serta merokok.

Kak Nurul selalu ingatkan supaya pengambilan Asid Lemak OmegaGuard™ sangat penting bagi mengurangkan keradangan dalam organ dan secara langsung mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Secara khususnya, OmegaGuard™ dapat membantu:

  • Mengawalatur tekanan darah yang sihat dengan meluaskan saluran darah untuk tekanan darah normal
  • Mengekalkan denyutan jantung yang sihat dan konsisten dengan memastikan isyarat yang dihantar ke jantung berada pada tahap yang betul
  • Menggalakkan peredaran darah yang sihat dengan mengendurkan saluran darah untuk aliran darah yang lebih baik
  • Menggalakkan pengeluaran dan meningkatkan kolesterol baik, HDL5 dengan menyingkirkan kolesterol yang tidak baik dari badan anda
  • Melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah
  • Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar
Mengawal tekanan darah yang sihat
Memelihara salur darah daripada tersumbat
Memberikan ritma degupan jantung yang sihat

2. Menyihat dan Menguatkan Sendi

Selalu sangat kawan-kawan Kak Nurul mengadu selalu sangat sakit-sakit bahagian sendi bila kena naik tangga sekolah, yela kan umur semakin meningkat dan sekiranya tidak mendapat nutrisi yang cukup akan melemahkan sendi. Semakin kita meningkat usia, penghasilan tulang rawan (sejenis tisu penghubung untuk kelembutan sendi) juga akan berkurangan yang akan menyebabkan sendi menjadi sakit dan keradangan. Dengan pengambilan Asid Lemak OmegaGuard™ mampu memeberi manfaat berikut:

a. Menangani Keradangan

Keradangan adalah penyebab utama kesakitan pada sendi yang boleh mengakibatkan sendi menjadi merah, bengkak dan sakit. Oleh itu, Omega-3 berkesan untuk menangani keradangan dengan mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan serta mengakibatkan kesakitan pada sendi.

b. Menggalakkan Pergerakan dan Kelenturan Sendi

Omega-3 dan sel yang membentuk tulang rawan dapat membantu mengawal proses biasa untuk mengekalkan ketebalan tulang tersebut pada sendi bagi menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik.

c. Membantu Mengurangkan Kekejangan Sendi, Bengkak dan Sakit

Omega-3 dengan fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi. Omega-3 juga membantu melegakan bengkak yang terbentuk akibat keradangan, baik diambil mereka yang ingin meredakan bengkak akibat buasir.

d. Bertindak Sebagai Pelincir Sendi

Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada sendi. Omega-3 juga turut berfungsi sebagai pelincir dipanggil cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan sendi, membolehkan pergerakan sendi yang selesa dan membolehkan sendi yang sakit untuk bergerak dengan bebas

3. Meningkatkan Prestasi Fungsi Emosi dan Minda

Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.

a. Meningkatkan Prestasi Mental

Banyak kajian menyatakan pengambilan Omega-3 mempunyai kesan positif terhadap pemikiran, memori, dan tumpuan pemerhatian dan menyokong pembelajaran yang optimum dan kemampuan membaca serta meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum. Antara kajian yang dijalankan adalah “Omega-3 DHA and EPA for Cognition, Behavior, and Mood: Clinical Findings and Structura Functional Synergies with Cell Membrane Phospholipids” oleh Kidd PM pada tahun 2007.

b. Memperbaiki Mood Secara Positif

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA, meningkatkan kepadatan saraf otak yang mengawal mood dan emosi. Sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria. Omega-3 membantu membangkitkan mood dan meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan.

c. Mengekalkan Fungsi Kognitif Bagi Golongan Lanjut Usia

Dengan peningkatan usia menyebabkan penurunan penyerapan nutrien, memberi kesan kepada penggunaan DHA otak dan prestasi mental. Alami penuaan yang sihat melalui pengambilan Omega-3 secara teratur bagi merendahkan risiko penurunan kognitif, menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal terutamanya kognitif dan memori, mengurangkan risiko gejala-gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan Dementia serta menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat optimum

d. Menggalakkan Perkembangan Otak Yang Sihat Kepada Bayi Semasa Tempoh Kehamilan dan Awal Kelahiran

Omega-3, khususnya DHA, merupakan salah satu elemen penting untuk otak. Oleh itu, pengambilan Omega-3 yang konsisten bermula dari kehamilan adalah sangat penting kerana Menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutamanya pada trimester ketiga, menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik di kalangan bayi, meningkatkan koordinasi tangan dan mata serta kepintaran kanak-kanak, meningkatkan tumpuan pemerhatian di kalangan bayi dan kanak-kanak dan menyokong perkembangan sistem saraf, persepsi, kognitif, dan saraf motor semasa tempoh pertumbuhan otak

Selain itu, Omega-3 juga dapat menyokong kesihatan kulit, membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon. Disebabkan Omega-3 merupakan nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, maka pengambilan supplemen Omega-3 adalah sangat penting.

Well, banyak sangat khasiat Omega-3 ni kan? Biasanya selepas Vitamin C dan Vita-Lea, Kak Nurul sangat tekankan pengambilan Omega-3 bagi memelihara pelbagai fungsi penting terutamanya jantung dan otak. Bagi menyokong keperluan nutrisi badan, kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan diperlukan dalam sehari.

PEMILIHAN MINYAK IKAN

Berdasarkan banyak kajian yang dijalankan, pengambilan minyak ikan secara teratur memberi banyak manfaat kesihatan kepada badan kita, dari melancarkan peredaran darah, peningkatan kesihatan minda sehingga menggalakkan kesihatan sendi. Namun, beberapa perkara perlu diambil perhatian bagi memastikan hanya minyak ikan terbaik tanpa bahan merbahaya seperti berikut:

1. Berhati-hati Dengan Logam Berat

Pencemaran logam berat seperti merkuri telah banyak dikaitkan dengan pengambilan minyak ikan. Ikan yang tercemar ditangkap dan diproses menjadi minyak ikan terdedah dengan logamberat yang sangat merbahaya kepada kesihatan. Dalam hal ini, proses penyulingan dalam menghasilkan minyak ikan membantu menyingkirkan logam berat dan semakin banyak proses penyulingan dilakukan adalah lebih baik dan selamat

OmegaGuard™ daripada Shaklee dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan meningkatkan kepekatan asid lemak Omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

2. Dapatkan Jumlah DHA & EPA Yang Betul

Label kandungan pada produk minyak ikan dipasaran selalunya mengandungi kepekatan minyak ikan secara keseluruhan dan bukan kandungan DHA dan EPA. Oleh kerana komponen penting yang diperlukan oleh badan adalah DHA dan EPA, pastikan anda membaca label dengan betul. Pastikan minyak ikan yang diambil sekurang-kurangnya 300mg DHA dan 400mg EPA.

3. Elakkan Perisa Tambahan

Terdapat produk di pasaran dengan perisa tambahan untuk menghilangkan bau hanyir minyak ikan. Perisa tambahan yang digunakan mungkin berbahaya terhadap kesihatan sekiranya diambil secara berterusan. Sebaliknya pilihlah minyak ikan tanpa perisa tambahan dan yang melalui proses penyulingan berganda kerana ia menghilangkan bau dengan lebih berkesan tanpa mengurangkan khasiatnya.

4. Pastikan Spektrum Penuh Omega-3

Badan kita memerlukan spektrum lengkap omega-3 sebagai tambahan kepada EPA dan DHA untuk menyokong dan mengekalkan fungsi tubuh yang normal. Pilih minyak ikan yang mengandungi spektrum lengkap 7 omega-3 tulen termasuk EPA, DHA dan banyak lagi!

5. Saiz Penting!

Kajian menunjukkan bahawa ikan yang lebih besar saiznya mempunyai pengumpulan toksin dan logam berat yang lebih tinggi. Kehadiran sejumlah kecil toksin tidak menjadi masalah untuk ikan kecil. Namun, apabila ikan yang lebih besar memakan beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpul lebih banyak toksin. Apabila kita perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang lebih rendah

6. Kelestarian Alam Sekitar

Ikan merupakan sumber makanan yang penting dalam kehidupan dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan sumber minyak adalah mencukupi untuk kelangsungan hidup di masa hadapan. Dalam menyokong usaha kelestarian ekosistem laut, Shaklee bertanggungjawab terhadap saiz populasi dan had tangkapan dengan mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan bagi memastikan bekalan jangka masa panjang sentiasa mencukupi. Shaklee juga telah mendapat pengiktirafan Certification of Sustainable Seafood from Fisheries and Aquaculture oleh Friend of the Sea.

TESTIMONI

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, OmegaGuard™ daripada Shaklee dapat membekalkan khasiat minyak ikan terbaik sesuai untuk kesihatan dan kesejahteraan kita.

Dapatkannya sekarang dengan click button di bawah

Ok, sampai di sini dahulu perkongsian Kak Nurul. nanti Kak Nurul share lagi tentang pelbagai kebaikan supplement kesihatan daripada Shaklee. Insyaallah, dapat membantu korang dalam mencari supplement yang sesuai untuk keperluan kesihatan korang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: