RES V – Khasiat Semulajadi, Diperhebat Dengan Sains

RES V adalah supplement terbaru Shaklee tahun 2020 dania baru sahaja dikeluarkan pada Mac baru ini. Tengok botol nya pun da menarik kan? Orang kata warna maroon ni warna korporat, semestinya untuk orang-orang yang hebat terutamanya impak terhadap kesihatan

Res V ni memang sama macam Vivix tapi tak serupa. Vivix dalam bentuk liquid, tetapi Res V dalam bentuk softgel. Kali ini kak Nurul akan kongsikan keistimewaan, manfaat dan kandungan dalam Res V yang menjadikan ia sangat baik untuk kesihatan menyeluruh.

KANDUNGAN UTAMA RES V

1. Anggurn Muscadine

Pernah dengar tak anggur muscadine? angggur ni sangat la mahal dan susah untuk jumpa. Harga untuk sekilo anggur ni boleh mencecah rm2000, fuuhh…apa istimewa sangat anggur mascadine sehingga mencecah harga rm2000 sekilo?? Anggur mascadine buah luar biasa yang mempunyai sifat antioksida yang sangat berkuasa dan profil polifenol unik yang boleh memberikan manfaat anti penuaan, anti pertumbuhan sel yang abnormal, baik untuk jantung yang sihat.

2. Japanese Knotweed

Japanese knotweed berasal dari Asia banyak ditempui di Eropah dan Amerika Utara. Tumbuhan ini sangat kaya dengan resveratrol yang berfungsi sebagai anti keradangan, anti pertumbuhan sel yang abnormal, meningkatkan peredaran darah, menyokong paras gula darah dan tahap kolestrol yang sihat, serta melambatkan kehilangan kolagen dan elastin yang membuatkan kulit kita kelihatan sentiasa awet muda.

3. Lobak Ungu

Semua jenis lobak adalah sihat dan bernutrisi, lobak ungu mengandungi antioksidan berkuasa iaitu Antosianin dan Lutein yang mempunyai manfaat kesihatan luar biasa. Kandungan ini boleh membantu meningkatkan kesihatan mata anda. Kajian menunjukkan bahawa ia membantu dari segi meningkatkan penglihatan mata pada waktu malam, meningkatkan peredaran dalam kapilari retina.

Lutein dalam lobak Unggu juga berfungsi untuk melindungi kualiti mata dan ia digelar “vitamin mata”. Lutein biasanya digunakan dalam rawatan pencegahan masalah atau kemerosotan mata seperti katarak & retinitis pigmentosa. Sangat menarik kan? yang ada masalah rabun terutamanya macam kak Nurul ni sangat digalakkan mengambil makanan tambahan yang ada kandungan lobak ungu ini

4. Chebulic Myrobalan

Chebulic Myrobalan merupakan herba terputik Ayurveda. Ia dikenali sebagai ‘Raja segala ubat’ atau ibu segala herba kerana ia selalu disenaraikan sebagai ubat pertama yang digunakan dalam Ayurveda disebabkan manfaat terputiknya yang luar biasa. Chebulic Myrobalan digunakan secara tradisional untuk:

  • Menyokong kesihatan penghadaman dan proses pembersihan semula jadi badan serta pergerakan usus
  • Membantu dalam masalah buasir dan batuk
  • Menyokong paras gula darah yang sihat
  • Menyokong fungsi hati dan peparu yang sihat
  • Menggalakan penyembuhan luka
  • Mencegah jangkitan kulat
  • Mempunyai kesan laksatif / Julap
  • Membaiki kesihatan sistem pembiakan
  • Membaiki kesihatan saluran kencing

5. Anggur Hitam

Salah satu jenis buah anggur yang popular dan dapat kita temui dengan mudah di pasaran adalah anggur hitam. Anggur hitam, sesuai dengan namanya memiliki warna kulit yang hitam, dan memiliki ukuran yang sama dengan buah anggur pada umumnya.

Dikenali sebagai ‘superstar vitamin‘, anggur hitam sangat kaya dengan vitamin terutama vitamin C yang sangat baik, hampir empat kali ganda lebih banyak daripada buah oren. Ia mempunyai manfaat untuk kesihatan yang luar biasa termasuklah antimikrob, anti keradangan, anti viral, anti toksik, antiseptik selain dapat membantu menguatkan sistem imunisasi, melegakan sakit tekak, selsema dan migrain.

6. Hampas Anggur dan Anggur Merah

Buah anggur merah sangat mudah ditemui di mana-mana pasaraya. kaya dengan antioksidan dan serat, serta warna merahnya dari flavonoid ini sangat baik untuk kesihatan jantung. Ia dapat mencegah timbulnya gumpalan darah dan pengoksidaan.

Biji dan kulit anggur mengandungi polifenol seperti Proantosianidin yang mempunyai antioksidan yang lebih hebat daripada vitamin E dan vitamin C. Polifenol dalam anggur boleh membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan keradangan akibat tekanan oksidatif, membaiki aliran darah, dan melindungi jantung.

7. Buah Delima

Sebagaimana kita tahu, buah delima merupakan buah yang paling sihat di dunia. Buah delima penuh dengan nutrien penting dan secara amnya dikaitkan dengan kandungan polifenol yang tinggi seperti Elagitanin, Asid Elargik, dan Flavanoid lain (quercetin, kaempferol dan luteolin glycosides). Buah delima berfungsi sebagai:

  • antioksidan yang berkuasa
  • mengandungi sifat antibakteria dan antiviral, membantu melawan jangkitan
  • boleh menguatkan sistem imunisasi anda
  • menggalakkan kesihatan sendi dan jantung

KHASIAT DAN MANFAAT

Cepat-cepat dapatkannya sekarang untuk menjamin kesihatan dalaman yang menyeluruh bermula dengan pembentukan sel yang baik. Click button di bawah untuk maklumat lanjut.

atau call 017-771 7969 untuk konsultasi percuma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: