Menurut catatan sejarawan terkemuka, Ibn al-Athir, pada 1048, pandemik penyakit pernah melanda Makkah, Iraq, Palestin dan Sham. Imam al-Zahabi dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala’ meriwayatkan sekitar 1055, peristiwa itu menyebabkan masjid ditutup dan langsung tidak didirikan solat.
Hari ini telah memasuki hari yang ke-10 Movemenet Control Order (MCO) dilaksanakan di Malaysia dan ada beberapa kawasan khususnya di Simpang Renggam, Johor telah dikenakan MCO yang lebih ketat. Bilangan orang yang dijangkiti COVID-19 juga telah meningkat dari hari ke hari dan lebih menyedihkan terdapat 26 kes kematian. Marilah berdoa agar kita dan keluarga dilindungi dan diberikan kesihatan. Aaaminnn.
Ok, hari ini Kak Nurul nak share tentang 6 langkah untuk melindungi diri daripada Influenza. Details tentang virus Influenza boleh lihat video di akhir tulisan ini.
1. Kerap Mencuci Tangan
Yup, yang ni basic guys. Wajib cuci tangan dengan kerap terutamanya sebelum makan dan selepas menggunaka tandas. Sebagaimana saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat mampu melindungi diri dari virus influenza.

Virus tidak seperti bakteria yang mana bakteria lebih mudah untuk dikawal dengan antibiotik, manakala virus hanya dapat dilawan melalui penjagaan kebersihan yang optimum dan sekiranya badan kita dijangkiti virus ianya boleh dilawan melalui sistem imunisasi badan secara semulajadi.
2. Tutup Mulut & Hidung Ketika Batuk/ Bersin
Yang ni common sense, adab ketika batuk/ bersin perlu ditekankan kepada semua masyarakat dan wajar diajarkan kepada anak kita supaya virus influenza tidak tersebar. Semua tahu yang virus influenza ni sangat mudah berjangkit, dengan hanya droplet akibat cara batuk yang kurang sopan boleh berjangkit dan terus merebak.
Please guys! sekiranya anda batuk/ bersin tolong gunakan tisu untuk tutup mulut bagi mengelakkan virus berkeliaran dengan riang dan berjangkit dengan orang lain. Ingat, tisu tersebut terus dibuang.
3. Jika Terdapat Gejala Influenza, #StayAtHome
Kesedaran diri itu amat penting ketika penularan wabak COVID-19, kalau terdapat simptom Influenza seperti selsema, sakit tekak & bersin/ batuk, please stay away from other people. Jangan berada di kawasan tumpuan awam seperti pasaraya & pasar basah dan kuarantin diri dengan hanya duduk dirumah. Sekiranya perlu untuk keluar atas urusan penting, wajib pakai topeng muka (face mask).
Well, inilah peluangnya guys untuk selamatkan dunia. Dengan hanya duduk dirumah, menonton TV dan tidak perlu buat apa-apa, anda telah menyelamatkan dunia! Serius!
4. Jangan Kongsi
Yes, masa penularan wabak Influenza seperti Covid-19, sharing is NOT caring! So, jangan berkongsi makanan atau peralatan makanan seperti sudu/ cawan dengan orang lain. Ini hanya akan membantu virus tersebut dengan lebih mudah.
5. Bersihkan Persekitaran
Hygiene, Hygiene, Hygiene! Bersihkan persekitaran dengan pencuci terutamanya permainan anak kita, kerusi, tombol pintu, meja dan lain-lain. Macam diberitahu oleh pakar perubatan, struktur virus Covid-19 diliputi oleh lemak di bahagian luar bagi membolehkan ia bergerak dan melekat antara individu dan disebabkan itu pencuci adalah bahan terbaik untuk meruntuhkan struktur virus tersebut.
6. Kekal Hidrasi dan Keperluan Nutrisi
Macam Kak Nurul terangkan tadi, sekiranya kita dijangkiti, memang tiada ubat khusus untuk melawan virus tersebut, namun sistem imunisasi badan sahaja yang akan bertindak sebagai tentera yang memerangi virus tersebut. Oleh itu, keperluan nutrisi badan dalam melengkapkan sisitem imun badan yang baik perlu menjadi keutamaan.
Pengambilan sayuran dan buahan yang mencukupi sangat membantu dalam menyediakan sistem imun badan yang berkesan dan sekali gus dapat mengurangkan risiko jangkitan.
Pilih buah atau sayuran yang tinggi kandungan Vitamin C, terdapat kajian menunjukkan Vitamin C mampu memendekkan tempoh demam selsema. So, Kak Nurul sangat tekankan diri dan keluarga untuk mengambil buahan dan sayuran yang tinggi kandungan Vitamin C dan ditambah dengan supplement Vitamin C dan Nutriferon bagi melengkapkan nutrisi badan dalam menyediakan sistem imun yang cekap.


Untuk dapatkan Vitamin C dan Nutriferon Shaklee, sila click button di bawah
Last but not least, jangan lupa untuk kekal hidrat dengan minum air yang mencukupi untuk keperluan badan.
Kesimpulan
So, amalkan semua 6 langkah yang telah Kak Nurul kongsikan. Kemudian, marilah kita berdoa kepada Allah yang maha esa untuk diberikan perlindungan dan kesihatan serta dijauhkan daripada wabak Covid-9 ini. Semoga kita terus tenang dan tabah dalam menghadapi situasi kritikal ketika ini. InsyaAllah.