“Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, dan buah anggur serta sayur-sayuran, dan zaitun serta pohon-pohon kurma, dan taman-taman yang menghijau subur, dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu” – Surah ‘Abasa, ayat 27-32

VIVIX – Satu penemuan hebat dalam bidang suplemen kesihatan yang mampu membuatkan anda penuh semangat, bertenaga dan berasa lebih muda serta sihat.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dipanjangkan usia untuk meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini. Dalam entry kali ini, saya akan kongsikan satu produk premium daripada Shaklee iaitu VIVIX, minuman botani yang lazat dengan seribu kebaikan. InsyaAllah ia memberikan manfaat dan kebaikan kepada kita dalam ikhtiar melawan penyakit kronik dan memberikan kesihatan menyeluruh kepada organ penting kita.
KANDUNGAN UTAMA VIVIX
VIVIX mengandungi campuran bahan semulajadi dari Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Polygonum Cuspidatum dan Lobak Ungu
1. Anggur Muscadine

Anggur Muscadine juga dikenali ‘Super Grape’ merupakan salah satu buah-buahan semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkhasiat. Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan agen antioksida yang sangat hebat

Anggur Muscadine mempunyai satu kromosom tambahan yang menyediakan polifenol unik asid elagik dan elagitanin yang boleh menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal. Selain itu, ia menjadi pelengkap penuh polifenol seperti resveratrol dan quercetin bagi meningkatkan pengeluaran tenaga selular yang boleh memanjangkan umur. Khasiat anggur Muscadine juga mampu mengawalatur tahap glukosa darah yang sihat.

2. Elderberry Eropah

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Ercisli, S., Tosun, M. and Akbulut, M. (2009) bertajuk Physico-chemical characteristics of some wild grown European elderberry (Sambucus nigraL.) genotypes, Elderberry Eropah mengandungi antosianin yang boleh meningkatkan perlindungan imun badan, mampu bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-virus, juga menggalakkan perkembangan sel-sel normal dan sihat.
3. Polygonum Cuspidatum

Polygonum Cuspidatum mengandungi polifenol utama yang dipanggil resveratrol. Dalam banyak kajian yang dijalankan, resveratrol mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti bertindak sebagai anti keradangan, menambahbaik peredaran darah dan merencatkan pergumpalan platlet darah
4. Lobak Ungu

Seperti Elderberry Eropah, lobak ungu juga mengandungi antosianin yang bertindak sebagai agen antioksida yang sangat berkesan. Lobak ungu juga mampu meningkatkan penglihatan yang sihat, meningkatkan keanjalan salur darah dan mengurangkan keradangan.
Dengan gabungan 4 bahan semulajadi ini menjadikan VIVIX sangat baik untuk kesihatansecara keseluruhan dengan memanfaatkan ciri-ciri antioksidan yang kuat, memperlahankan pembentukan protein yang merosakkan sel serta membantu melambatkan proses penuaan
KHASIAT DAN MANFAAT VIVIX
1. Menggalakkan Fungsi Jantung Yang SIhat
Jantung merupakan organ yang paling kuat bekerja di dalam badan kita. Polifenol bertindak sebagai antioksidan yang sangat bagus dan bermanfaat dalam mengekalkan fungsi jantung yang sihat seperti meningkatkan aliran darah, menggalakkan pengecutan dan pengembangan salur darah yang sihat dan normal untuk mengekalkan fungsi salur darah yang optimum
Polifenol adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Polifenol memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan kita, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan radikal bebas termasuk menggalakkan fungsi jantung yang sihat.

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu dalam menggalakkan fungsi jantung yang sihat dengan:
(1) Mengurangkan keradangan dalam salur darah
(2) Menggalakkan dinding salur darah yang baik
(3) Menggalakkan tekanan darah yang teratur dan sihat
(4) Mengekalkan tahap pergumpalan platlet yang sihat
2. Mengekalkan Tahap Gula Dalam Darah Yang Sihat
Tahap glukosa darah bergantung pada jenis dan jumlah makanan yang kita ambil, serta berapa efektif badan anda menghasil dan menggunakan glukosa ke dalam sel. Semakin sihat tahap glukosa, semakin rendah risiko mengalami penyakit metabolik seperti kencing manis
Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mempunyai potensi untuk mengekalkan tahap glukosa yang sihat dengan:
(1) Mengawalatur penyerapan glukosa
(2) Meningkatkan keberkesanan pankreas untuk mengawal gula dalam darah
(4) Meningkatkan proses penguraian glukosa

3. Miliki Kulit Lembut, Anjal dan Berseri
Memiliki kulit yang lembut, anjal, segar dan berseri adalah impian setiap wanita. Anda boleh milikinya dengan polifenol, salah satu nutrien penting bagi kulit untuk menyokong pengeluaran kolagen untuk menganjalkan kulit, menghalang kedutan dan kendur dan menggalakkan pembentukan tisu yang sihat supaya anda dapat menikmati kulit yang sempurna tanpa cela
Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mempunyai potensi untuk menggalakkan penghasilan kulit sihat dan berseri dengan:
(1) Melindungi kulit dari kerosakan UV
(2) Mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedut
(3) Menyokong pengeluaran kolagen yang sihat
(4) Menggalakkan kulit yang lebih tegang dan kelihatan lebih muda

4. Kekal Muda dan Sihat
Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa sesetengah orang akan lebih cepat tua daripada yang lain? Jawapannya terletak pada jumlah Advanced Glycation End (A.G.E.) yang ada di dalam badan anda. A.G.E. merupakan bahan buangan sel dan ia berkumpul seiring dengan peningkatan usia. A.G.E. juga boleh terbentuk dalam makanan yang terdedah kepada suhu tinggi, seperti makanan bergoreng dan dibakar.

Quercetin merupakan sejenis polifenol yang terdapat dalam buah beri, terbukti berkesan dalam menghalang pembentukan A.G.E. sehingga 60%! Ujian makmal juga menunjukkan bahawa campuran unik polifenol anggur muscadine dan campuran Lobak Ungu, Ekstrak Eldeberi Eropah dan Ekstrak Knotweed Jepun terkandung dalam Rejuvetrol™ dapat membantu melambatkan pembentukan A.G.E untuk mengahalang proses penuaan sebelum waktunya.
Secara langsung, sel-sel yang sihat dapat menggalakkan kesihatan jantung dan mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat. Dari itu, mulakan hari yang sihat dengan pengambilan VIVIX yang mengandungi polifenol.
5. Meningkatkan Stamina Supaya Kekal Bertenaga
Kembalikan dan kekalkan stamina anda dengan makanan yang kaya dengan polifenol atau yang lebih mudah, tambahkan suplemen berasaskan tumbuhan yang sihat dengan kandungan spektrum polifenol terbaik dari hasil penyelidikan
Pengambilan polifenol secara kerap telah menunjukkan peningkatkan tenaga sel melalui peningkatan jumlah pengeluaran mitokondria yang bertindak sebagai ‘dinamo’ dalam sel badan. Lebih tenaga dinamo ini memberikan stamina yang lebih tinggi untuk prestasi dan produktiviti yang lebih baik. Selain itu, pengambilan polifenol juga membantu mengembalikan dan memperbaharui sel dan merangsang prestasi sel supaya lebih bertenaga dan cergas.

TESTIMONI






DAPATKAN VIVIX SEKARANG BAGI MERANGSANG KESIHATAN BERMULA DARI PEMBENTUKAN SEL YANG SIHAT
WhatsApp/ call 017-771 7969 sekarang untuk dapatkan konsultasi percuma berkaitan kesihatan jantung dan darah tinggi serta manfaat VIVIX dalam menyelesaikan masalah kesihatan anda
- Saya merupakan penasihat makanan kesihatan berpengalaman di bawah Syarikat Shaklee
- Saya mendapat direct coaching dengan Pakar Pemakanan (Nutritionist) Shaklee
- Saya berpengalaman dalam memberikan khidmat nasihat berkenaan supplement
- Saya sendiri merupakan consumer produk Shaklee sejak bujang dan kini telah berkahwin dan memiliki 3 orang cahaya mata
- Saya telah membantu ramai orang dalam menyelesaikan masalah kesihatan atau meningkatkan kesihatan
One thought on “VIVIX – Khasiat Polifenol dan Ikhtiar Lawan Peyakit Kronik”