7 Supplement Harian Untuk Keperluan Kesihatan Anda

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit melainkan meletakkan untuknya ubat kecuali satu penyakit iaitu tua.” – Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Kak Nurul percaya yang semua antara kita sedar nutrien dalam makanan yang kita makan hari ini tidak mencukupi bagi menampung keperluan badan yang sihat. Malah tabiat pemakanan yang tidak sihat juga mendorong kepada masalah kesihatan yang lebih kritikal.

So, harini ini Kak Nurul nak kongsikan 7 supplement harian yang dapat membantu melengkapkan nutrien yang diperlukan oleh badan dan turut membantu menyingkirkan bahan berbahaya akibat pemakanan yang kurang sihat.

Penerangan di bawah hanyalah secara ringkas sahaja mengenai kebaikan supplement yang perlu diamalkan dalam seharian. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang pemakanan atau masalah kesihatan yang dihadapi, boleh terus bertanya Kak Nurul untuk mendapatkan konsultasi yang lebih khusus untuk keperluan anda.

KENAPA SHAKLEE?

This image has an empty alt attribute; its file name is home_icon_allcombine_rotate.gif

Kajian telah dijalankan secara klinikal yang melibatkan para peserta menjalani pengambilan darah untuk memeriksa key health biomarkers. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa pengguna supplement Shaklee secara berterusan mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap penyakit jantung, penyakit berkaitan otak, kanser dan kencing manis.

1. Vitamin C

Mereka yang selalu sangat kena selsema akibat resdung, memang perlu amalkan Vitamin C ini bagi meningkatkan ketahanan. Insyaallah, masalah kerap selsema & hidung tersumbat akan selesai dengan Vitamin C.

Pakar nutrisi pemakanan juga mencadangkan agar pengambilan Vitamin C yang berbentuk tablet (tiada kandungan gula) boleh membantu tubuh melawan virus yang sedang melanda dunia ketika ini.

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh. Selain sebagai antioksida yang baik, ia juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.

Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan kolagen dengan mengekalkan enzim-enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen. 3 sebab kenapa harus memilih Vitamin C Shaklee:

  • Merupakan produk semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung serta turut sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
  • Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
  • Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesannya.

2. Nutriferon

Bertindak sebagai shield atau perisai kepada sistem kesihatan badan, di samping mampu mengawal tahap kolestrol dalam darah.

NutriFeron® Granules diformulasi untuk menjaga kesihatan badan anda agar sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi secara semulajadi. Ia memberikan anda badan yang kuat dan kesihatan yang baik

NutriFeron® Granules mengandungi campuran proprietari empat jenis ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga japanese honeysuckle, yang secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan kesihatan umum dan menguatkan badan.

3. RES V – Nikmati Kebaikan Polifenol Dalam Setiap Softgel

RES V adalah Premium supplement daripada Shaklee yang merupakan penemuan terbaik di kalangan produk kesihatan yang berada di pasaran.

RES V diformulasi secara saintifik untuk menyokong dan mengekalkan kesihatan untuk kehidupan yang lebih aktif dan bertenaga. Res V adalah campuran proprietari semula jadi polifenol dan ekstrak botani dari Anggur Muscadine, Knotweed Jepun, Pati Anggur, Delima, Chebulic Myrobalan, Black Currant, Anggur Merah dan Lobak Ungu. Setiap kandungan di dalam Res V dipilih dan diekstrak dengan teliti. Proses pengekstrakan yang dipatenkan ini mengekalkan bioaktif polifenol.

Polifenol adalah bahan semula jadi di dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Ia juga memberi pelbagai jenis warna kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Polifenol telah dikaji secara meluas dan mempunyai reputasi yang bagus dalam bidang kesihatan.

RES V mampu menyihatkan kulit, merangsang fungsi otak, meningkatkan tenaga, membantu perkembangan selyang sihat, memelihara dan menyokong kesihatan sendi, sebagai detoks yang berkesan, mengekalkan tahap gula darah yang sihat dan membantu sistem peredaran darah yang sihat.

4. VIVIX – Minuman Botani yang Lazat

Satu lagi produk premium dari Shaklee yang dihasilkan dengan gabungan bahan semulajadi yang terbaik didunia.

Formula lazat yang kaya dengan polifenol dan tergolong dari kumpulan Fitokimia berasaskan tumbuhan membantu dalam menjaga kesihatan sel anda. Vivix dihasilkan oleh campuran botanik Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Gabungan istimewa kami berasaskan daripada Anggur Muscadine, menggunakan proses ekstrak berpaten.

Polifenol adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ia berperanan memberi mereka warna sambil melindungi dari penyakit. Polifenol memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan anda, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas termasuk meningkatkan kesihatan dan seri kulit.

VIVIX mampu memberikan tenaga seharian supaya kekal cergas, menggalakkan fungsi jantung yang sihat, melembut dan menyerikan kulit dari dalam, mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat, mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedut, menyokong pengeluaran kolagen yang sihat dan melindungi kulit dari kerosakan UV.

Sila click banner di bawah bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai bagaimana VIVIX membantu kesihatan menyeluruh melalui pembetukan sel yang baik.

5. OmegaGuardTM – Minyak Ikan Tulen Bergred Farmaseutikal

Spektrum lengkap asid lemak perlu OMEGA-3 dengan ketulenan tinggi adalah nutrien yang anda perlukan untuk badan yang kuat dan sihat. Antara pelbagai lemak yang ada, asid lemak penting OMEGA-3 merupakan lemak yang tidak boleh dikurangkan, dimana tubuh kita tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.

OmegaGuardTM dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak penting OMEGA-3 dan dalam masa yang sama menyingkirkan bahan berbahaya seperti merkuri dan pelumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

Kenapa perlu memilih OmegaGuardTM Shaklee?

  • Melalui proses penyulingan molekul berganda
  • Minyak Ikan Tulen Bergred Farmaseutikal
  • Kurang rasa hanyir ikan
  • Kandungan DHA dan EPA yang tinggi
  • Mengandungi spektrum penuh 7 omega tulen asid lemak
  • Diiktiraf oleh Friends of the Sea® – Penghasilan minyak ikan yang berkualiti tanpa merosakkan ekosistem alam sekitar

Sila click banner di bawah bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai bagaimana OmegaGuardTM membantu kesihatan jantung, merangsang minda dan banyak lagi manfaat.

6. ESP – Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour

Kebanyakan daripada kita tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan. Shaklee ESP adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.

Indeks Glisemik (GI) di atas menunjukkan kesan makanan ke atas gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah anda naik mendadak dan kemudiannya menurun dengan pantas, menjadikan anda letih, mudah rasa terganggu dan lapar. Makanan Protein Soya Segera juga mempunyai tindak balas “turun-naik”

Makanan protein soya segera dengan indeks glisemik rendah mempu menstabilkan paras gula darah, membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang dan bermanfaat untuk mengurangkan berat serta mengekalkan kesihatan jangka panjang.

Sila click banner di bawah bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai bagaimana Protein Soya ESP membantu mengekalkan stamina, meningkatkan seri kulit dan juga baik untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.

7. Vita-Lea® Iron Formula

Vita-Lea® adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.

Vita-Lea® Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.

Sekiranya tidak, Vita-Lea® adalah supplement terbaik bagi menyokong keperluan seharian badan anda supaya lebih sihat dan bertenaga.

atau call 017-771 7969 untuk konsultasi percuma

So, kepada yang ingin mendapatkan produk Shaklee atau ingin mendapatkan konsultasi boleh terus hubungi Kak Nurul. Bagi anda yang tinggal di Putrajaya, penghantaran secara PERCUMA akan diberikan, manakala bagi lain-lain kawasan diseluruh Malaysia Kak Nurul menggunakan perkhidmatan GDEX atau POSLAJU.

… & Last but not least, please follow Kak Nurul on Social Media as belows:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: