Langkah-Langkah Untuk Memulakan Bisnes

“… maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kalian tidak mengetahui.” (an-Nahl: 43)

Mesti korang tertanya-tanya, apa langkah pertama sebelum memulakan bisnes. Macam Kak Nurul dulu juga la sebelum mulakan CunaQueen, tapi masa tu Kak Nurul terus buat jer. Macam si Nike tu, just do it! hehe. Tapi tulah, buat tanpa tunjuk ajar dari mana-mana sifu yang berpengalaman memang penat sangat. Banyak kali buat silap, jatuh bangun, then jatuh lagi, Kak Nurul bangun lagi. Jatuh 7 kali, bangun 8 kali, hahhhh camtu lah bisnes kena mempunyai tahap kecekalan yang tinggi!

Bukan rugi masa je, ribuan ringgit juga harga yang terpaksa Kak Nurul bayar. Tapi takpa, Kak Nurul just fikir itulah harga yang kena bayar untuk sebuah pengalaman. Ceewahhh 😉

Berdasarkan pengalaman Kak Nurul buat bisnes. Ini langkah-langkah untuk menceburi bidang bisnes:

1. Mulakan dengan modal rendah

Siapa kata bisnes perlukan modal yang rendah? hahh, silap tu. Sekarang ni dunia tanpa batasan menjadikan terlalu banyak peluang untuk mulakan bisnes. Paling simple dropship, just perlukan sedikit kreativiti untuk menjual dengan kawan-kawan universiti, pejabat sekolah. Ramai juga cakap, dropship ni lambat, untung sikit sangat. Yes, betul, Kak Nurul setuju yang itu, tapi jangan lupa dengan dropshiplah korang belajar untuk menjual. Pengalaman tu penting dan mahal harganya!

Dropship ada pelbagai jenis atau kaedahnya dan yang selalu sangat orang fikir ia hanya berlegar dalam menjual pakaian/ tudung sahaja. Sebenarnya, apa sahaja bisnes yang tidak melibatkan pelaksanaan model bisnes dan hanya perlu menjual sahaja juga dikategorikan sebagai dropship. Contohnya jadi Independent Distributor Shaklee (macam Kak Nurul, hehe). Comission yang Shaklee bagi boleh kata tinggi, plus berganda-ganda sampai boleh dapat 45%!

2. Meninjau tabiat bakal prospek

Langkah ini kena faham betul-betul sebab melibatkan tabiat atau behavior orang lain. Let say kita nak menjual kepada kawan di pejabat, so kena faham perangai kawan di pejabat, apa yang diorang suka pakai, apa masalah diorang, berapa banyak selalu diorang spent untuk sesuatu barang, then korang akan dapat idea nak jual apa.

Contohnya kawan-kawan pejabat ramai di kalangan yang telah berusia, hari-hari terdengar keluhan lenguh-lenguh badan, sakit kaki turun tangga, lepas tu selalu keletihan. So, secara langsung korang dapat idea untuk bantu menyelesaikan masalah diorang dengan menjual suplement. Suplement pun ada banyak range, kena tahu juga keupayaan diorang untuk membeli, so carilah lah suplement yang sesuai dengan keupayaan itu. Agak-agak faham ke tidak ye? 😉

3. Mendapatkan barangan untuk dijual

Setelah memahami tabiat bakal prospek dan barang yang ingin dijual, masa untuk mendapatkan pembekal. Sekiranya, korang menjadi dropship maka bolehlah skip langkah ini. Kan best bisnes boleh skip-skip ni kan, macam Shaklee. Semua kepeningan, keperitan, kepayahan untuk menghasilkan produk yang baik tidak perlu difikirkan, dah skip banyak step. Tapi still mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Kebiasaannya peringkat mendapatkan barangan ni yang membuatkan ramai gagal sebab ia melibatkan kos. Sekali silap, duit yang kita laburkan menjadi lebur. Sebaiknya boleh cuba dengan kuantiti yang kecil dahulu untuk melihat feedback sebelum boleh rangka plan yang lebih besar.

4. Aktiviti pemasaran (Marketing)

Marketing ni senang cerita tentang macam mana nak bagi orang lain tahu yang kita menjual sesuatu produk dan tahu tentang produk tersebut. Kalau ramai yang tahu tentang produk kita jual, maknanya berkesanlah kempen pemasaran yang kita buat. Tapi sebaiknya untuk permulaan elakkan membuat kempen pemasaran berbayar sekiranya tidak membuat mempunyai modal yang besar. Yes, zero cost marketing!

Dalam proses ini, data base adalah faktor utama menentukan kejayaan sesuatu bisnes untuk survive. So, rajin-rajinlah menyimpan data pelanggan sedia ada untuk membuat sebarang hebahan tentang promosi/ produk baharu.

5. Mendaftar perniagaan

Ok, yang ini adalah suatu kewajipan bagi yang menjalankan perniagaan untuk mendaftarkan perniagaan dengan SSM. Tambahan pula, dengan mendaftarkan perniagaan ini boleh membuatkan bakal pelanggan lebih percaya untuk berurusan.

Dah ada SSM tu, apa lagi buka la Akaun Semasa supaya pengurusan kewangan perniagaan lebih teratur dan tidak bercampur dengan duit untuk tujuan peribadi.

KESIMPULAN

Sekian sahaja tips yang Kak Nurul kongsikan bagi yang ingin memulakan perniagaan. Kepada yang ingin mulakan perniagaan bersama Shaklee, boleh terus WhatsApp Kak Nurul, nanti Kak Nurul kongsikan lebih lanjut teknik-teknik memukau dalam perniagaan. #kitabuatsamasama

Click icon dibawah ni untuk WhatsApp

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: